in ,

Senyum Tu Dah Nak Sama, Tapi Bukan Dia, Lagi Kembar Jep Sepahtu Curi Perhatian

Benarlah kata orang dalam dunia ini ada tujuh orang muka yang sama dengan kita! Senyum tu dah nak sama, tapi bukan dia.

Sebelum ini video seorang lelaki yang dikatakan seiras dengan wajah pelawak terkenal di Malaysia, Jep Sepahtu pernah menjadi tular. Video lelaki tersebut yang digelar ‘kembar’ Jep Sepahtu sedang berjalan dengan cara kelakar telah mencuri perhatian ramai dan membuatkan ada yang tertawa dengan gelagatnya. Malah video tersebut turut mendapat perhatian Jep Sepahtu sendiri.

Kembar-Jep-Curi-Perhatian-Lagi-Main

Biarpun begitu, baru-baru ini video ‘kembar’ Jep Sepahtu yang lain pula telah mencuri perhatian ramai. Lelaki tersebut yang juga pemilik akaun Tiktok dengan nama Dausabu ini sememangnya memiliki paras wajah hampir sama dengan Jep Sepahtu. Benarlah kata orang dalam dunia ini ada tujuh orang muka yang sama dengan kita!

Apa yang membuatkan video tersebut mendapat perhatian ramai adalah gelagat lelaki tersebut yang boleh tahan kelakar dan wanita di sampingnya itu juga tidak kurang hebatnya! Berikut adalah video lelaki ini yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter:

Video tersebut telah meraih lebih 160 ribu tontonan dan 11 ribu retweets serta 8,800 likes. Rata-rata warganet ada yang turut bersetuju wajah lelaki ini seiras Jep Sepahtu. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan mereka di ruangan komen:

“Wehhh! Aku hampir terkejut tengok Jep centu. Sebijik pulak senyum dia tu”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salammusik | 17

Salammusik Lancar Video Muzik Single Berjudul MOLEK

Faizal Tahir 2020 | 18

Jatuh Dilambung Kuda Setinggi 8 Kaki, Faizal Tahir Bertahan Demi Video Muzik NOBODY