in ,

Sentuhan Mewah Doubletree by Hilton Jakarta

Tersergam indah di kota Jakarta, hotel Doubletree by Hilton merupakan sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah sebuah hotel berbintang lima di bandaraya tersebut, hotel berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

Terletak berdekatan kawasan pusat bandaraya Jakarta, hotel ini mudah ditujui kerana berada berdekatan dengan stesen keretapi Gambir dan juga stesen keretapi komuter Cikini. Cuma beberapa minit sahaja dari stesen keretapi Gambir (dengan menaiki kereta) sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. (Kalau anda turun di stesen komuter Cikini, ia hanya beberapa langkah sahaja dari stesen tersebut).

Facade

Diperhebatkan lagi dengan rekaan bangunan hotelnya yang sangat unik, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan jendela-jendela kaca serta warna kuning mirip sebuah bingkai besar yang mewarnai hotel ini.

Sudah menjadi tradisi kesemua hotel Doubletree by Hilton, sebaik saja tamu mendaftar masuk, mereka akan diberikan biskut cip cokelat khas yang merupakan lambang sambutan jenama hotel ini. Dengan 250 buah bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan bandaraya Jakarta dengan penuh gah.

Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat eksekutif, para tetamu di bilik-bilik tersebut (yang merupakan ahli Hilton Honors) juga mempunyai kemudahan untuk melakukan daftar masuk dan keluar peribadi (personalised check-in and check -out) selain lounge eksekutif buat sarapan dan juga koktel petang.

Biliknya juga sangat menarik, apatah lagi dengan bilik mandi berdinding kaca lutsinar yang pemandangannya hanya boleh ditutup dengan bidai khas dari dalam kamar mandi. Setiap bilik juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

Doubletree by Hilton juga mempunyai sebuah gimnasium, sebuah kolam renang yang besar dan juga sebuah spa untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Open yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa terbaik di samping Sea Grain yang menawarkan hidangan Mediterranean dan Eropah.

Tidak lupa juga T Lounge untuk minuman sambil bersantai dan Krem Pool Bar bagi yang ingin menikmati minuman di tepian kolam renang sambil menghayati pemandangan matahari terbenam.

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat banyak kawasan yang popular dengan makanan untuk kemudahan para tamu yang ingin mencuba sajian tempatan atau membeli barangan tertentu. Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Doubletree by Hilton Hotel di Jakarta kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!

Superior Suite - Bathroom

Jktdi_Swimming_Pool

Jktdi_One_Bedroom_Suite

Jktdi_One_Bedroom_Suite_Living_Room

Jktdi_Asian_And_Indonesia_Pod

By9P7336@

20170125_131635

Sentuhan Mewah Doubletree by Hilton Jakarta
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tempah Tempat Duduk Percuma AirAsia Sekarang!

Apabila Ariana Grande & John Legend Bergabung Nyanyi Lagu BEAUTY AND THE BEAST