in , ,

Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL

Penantian yang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni muzik kini hampir ke garisan penamat apabila 30 buah lagu telah disenarai pendek ke Muzik Muzik 38 Separuh Akhir (SFMM 38).

30 lagu terbaik sepanjang 2023 yang berjaya mara ke peringkat ini bakal berentap bagi menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu 38.  

Pengumuman senarai penuh 30 buah lagu ini telah diadakan di sidang media Muzik Muzik 38 Separuh Akhir menerusi persembahan mantap daripada finalis Famili Duo 2023 iaitu Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi serta Sharul Kamal. Sidang media tersebut telah berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya yang merupakan penaja lokasi sidang media dikendalikan oleh Sharifah Shahirah, Fahrin Ahmad dan Aisha HotFM.

Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL

Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, bakal bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Setiap episod Muzik Muzik 38 Separuh Akhir akan dimeriahkan lagi dengan persembahan jemputan yang berbeza pada setiap episod iaitu Noraniza Idris (episod pertama), Akim & The Majistret (episod kedua) dan Search (episod ketiga).

Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL

Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka melalui Undian Lagu Pilihan Alha Alfa, hanya dengan mengimbas QR Code yang tertera sepanjang 3 hari, sewaktu siaran langsung. 

Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL

Sidang produksi Muzik Muzik 38 Separuh Akhir  diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Abdullah sebagai penerbit. 

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL
Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL
Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL

Dato Seri Alha Alfa turut kongsikan harapan beliau selaku penaja utama, “Ini merupakan penampilan kali kedua buat kami setelah menaja program yang berprestij tinggi seperti Anugerah Juara Lagu. Bersesuaian dengan penajaan yang diteruskan, Alha Alfa Kosmetik sentiasa memahami keperluan pengguna untuk mendapatkan solekan yang sempurna. Pelancaran gandingan produk Set Anti Badai yang lengkap sekaligus menyahut kegairahan penonton Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir yang setia menanti Keputusan 12 Lagu terbaik untuk berentap di Anugerah Juara Lagu 38. Saya berharap kerjasama selaku penaja utama bersama pihak TV3 kali ini turut memberi kesempatan yang baik bagi kedua dua belah pihak iaitu TV3 khusunya dalam merangka jenama Alha Alfa Kosmetik di masa akan datang.”

Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL

Jangan lupa menonton Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir pada 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my untuk mengetahui lagu mana yang bakal berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 38.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Berikut ialah SENARAI 30 LAGU YANG BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR:


LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
1Inilah JalannyaMasdoNoh SallehNoh Salleh
2Oh WanitaKhai BaharHarry KhalifahHarry Khalifah
3WaktuHasif Upin & Ziana ZainIqie Hugh, John Jeeves & Firdaus RahmatIqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
4KucumaWany Hasrita & Dato’ Jamal AbdillahA.Ramlee & Ezra KongA.Ramlee & Ezra Kong
5Kaulah SyurgaKhai Bahar & Lia AzizAsfan ShahSiti Rosmizah
6TusukShiha ZikirIqie Hugh & Omar KayIqie Hugh & Omar Kay
7HasratAmir JahariAmir JahariAmir Jahari
8IlusiMarsha Milan Ft HazamaIqie Hugh, Shazreq Azeman & Omar KIqie Hugh, Shazreq Azeman & Omar K
9Jangan Mati Rasa ItuAina AbdulAina AbdulAina Abdul
10Bahagia Milik KitaSyamelSyamel & Ahmad JeffnySyamel
11RacunElica Paujin Ft Dem Lepak BoyzIqie Hugh & Aniq IffatIqie Hugh & Aniq Iffat
12Korbankan KitaMOJOEdry Abdul HalimEdry Abdul Halim
13Kamu KamuWani KayrieZiinJerry
14Alah BisaAmira Othman ft Faizal TahirGlow RushMage, Nick Ariff, Glow Rush, Faizal Tahir & Acap Salim
15AstanaErnie ZakriOmar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & SyamelOmar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
16Cinta Hanya BuatanMunaGouffran & IbnuGouffran & Ibnu
17Cinta SahabiyahDatin AlyahDatin Alyah & Omar KDatin Alyah
18Menyantun KasihSiti NordianaM.NasirKeon
19Sejuta MaafLiza HanimSirkhan & RinkarnaenSirkhan
20SuteraAisha RetnoAisha Retno & MFMFAisha Retno
21KalamShiha ZikirIqie Hugh, John Jeeves & Firdaus RahmatIqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
22Dua DarjatBlack HanifahNyawablackNyawablack & Amintot
23SantaiFaizal TahirFaizal TahirFaizal Tahir
24BudiKmy Kmo, Luca Sickta Ft Sufian SuhaimiKmy Kmo & Luca SicktaKmy Kmo & Luca Sickta
25BerubahDe FamMage, Faizal Tahir & Sophia LianaMage, Faizal Tahir & Sophia Liana
26Selagi Ku AdaKhai Bahar & Nabila RazaliAmyleaAmylea
27BintangHael HusainiHael HusainiHael Husaini
28DarahMarsha MilanNaim Daniel & Firdaus RahmatNaim Daniel & Firdaus Rahmat
29Aku, Hati Dan PerasaanHaqiem RusliHaqiem RusliHaqiem Rusli
30Di Sebalik RahsiaHaqiem RusliHaqiem Rusli & Sharon PaulHaqiem Rusli & Fahmi Zafran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

18 Artis Indonesia Bakal Hadir Malam Gala Filem Syaitan Munafik

HADY MIRZA

Ramai Peminat Singapura Sanggup Datang Sokong Hady Mirza di Final ASGV