in , ,

18 Artis Indonesia Bakal Hadir Malam Gala Filem Syaitan Munafik

Sempena dengan acara malam gala tayang perdana filem berjudul SYAITAN MUNAFIK yang bakal berlangsung pada 18 Disember ini, terdapat 18 selebriti terdiri daripada pelakon filem dan sinetron dari Indonesia dijangka hadir sama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Kesemua tetamu istimewa ini akan diterbangkan dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur oleh syarikat penerbangan TransNusa yang juga merupakan penaja rasmi penerbangan untuk acara ini.

18 selebriti Indonesia bakal hadir Malam Gala Tayangan Perdana Syaitan Munafik

Menurut penerbit filem Syaitan Munafik iaitu Ray Rusdi, antara selebriti Indonesia yang akan hadir ialah Mayang Lucyana, Dafina Jamasir, Ichal Muhammad, Vanda, Hami DIA, Vinessa Ines, Derick Jordan, Lolly Ismaya, Erlina Sutansyah, Arida Nuraini, Vidya Ully dan Anissa Kayla.

“Penyanyi wanita, Ucie dan juga pemenang Ratu Cantik Indonesia Jawa Tengah, Ilma Fitriana juga dijangka hadir sama.

“Kesemua artis ini merupakan sahabat kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair dan mereka juga pernah berlakon bersama dengan hero filem Syaitan Munafik ini,” 

18 selebriti Indonesia bakal hadir Malam Gala Tayangan Perdana Syaitan Munafik

Ray Rusdi berkata, selain menjadi sahabat arwah Ashraf Sinclair, mereka juga merupakan teman rapat kepada heroin filem ini, Dea Lestari yang juga pelakon dari Indonesia.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, aktres Dea Lestari ketika diajukan pandangannya tentang filem Syaitan Munafik berkata, inilah filem yang ditunggu-tunggu oleh khalayak penonton.

Mengingat kembali produksinya, sudah lama sangat dan mengalami banyak perubahah.

“Selain itu,  jalan cerita atau plot yang diketengahkan pasti akan membuat kaki wayang filem horror Malaysia dan Indonesia, berpuas hati menontonnya,” katanya.

18 selebriti Indonesia bakal hadir Malam Gala Tayangan Perdana Syaitan Munafik

Seorang lagi pelakon Indonesia, Dafina Jamasir berkata, melihatkan dunia perfileman hari inui yang jauh berkembang, tentu sahaja apabila artis dari dua negara ini dipertemukan dalam satu projek penggambaran filem, kerjasama ini sangat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

“Mulai dari teman baru, pengalaman baru dan projek-projek baru kedepannya yang akan membuat hubungan akan semakin erat untuk Indonesia dan Malaysia,” 

Bagi Derick Jordan, jika penerbit Malaysia ingin menembusi pasaran Indonesia, selain penglibatan pemeran kedua-dua negara, promosi mampu menarik perhatian penonton untuk masuk panggung.

“Kalau barisan pelakon dibawa menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk mempromosikan filem lakonan mereka, kaedah ini mampu memberi impak yang positif,” 

Bercakap mengenai filem Syaitan Munafik, apakah elemen yang mungkin menjadi daya tarikan kepada penonton, menurut pandangan Ichal Muhammad, ini adalah salah satu film terlama yang ditayangkan.

“Pastinya penonton akan sangat penasaran. Mulai dari segi pemain, cerita dan pengambilan gambar, itu sudah sangat bagus.

“Jadi, kenapa harus nonton film Syaitan Munafik? Kerana filmnya seram, seru dan bikin penasaran,” katanya.

Rata-rata, barisan pelakon dari Indonesia berharap filem Syaitan Munafik ini akan mendapat sambutan dari seluruh kaki wayang.

Kata mereka, rakyat Indonesia yang berada di Malaysia juga diharap akan hadir ke pawagam untuk menonton filem ini pada 21 Disember yang akan ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.

18 selebriti Indonesia bakal hadir Malam Gala Tayangan Perdana Syaitan Munafik
18 selebriti Indonesia bakal hadir Malam Gala Tayangan Perdana Syaitan Munafik

Untuk rekod, lain-lain barisan pelakon filem Syaifan Munafik ialah dari Malaysia,  artis yang turut berlakon dalam filem ini ialah Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Dato Jalaluddin Hassan, Linda Hashim, Nabil Ahmad, Bandi Amuk, Siti Khadijah, Erin CTJ, Reeduwan dan Wom UG14. – SM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Che Ta Tangguh ‘Anniversary’ Kahwin Ke-10 Sebab Dijangkiti Covid-19

ALHA ALFA

Sengit! 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Rebut Tempat di AJL