in , ,

Sengaja Atau Tak Tu? Janna Nick Dikecam Lagi Gara-Gara Gambar Ini

Sebelum ini ada sahaja kontroversi terpalit Janna Nick sehingga menjadi kecaman netizen. Nampaknya, pelakon dan pengacara itu sekali lagi menjadi bualan ramai.

Perkongsian foto terbaru Janna Nick mengejutkan ramai melihat pakaiannya yang mempunyai belah di bahagian dada. Malah, ada yang tertanya-tanya apabila melihat warnanya seakan warna kulit.

Diruangan komen, rata-rata netizen menegur pelakon tersebut. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan adakah ianya sengaja atau tidak sengaja.

Sengaja Atau Tak Tu? Janna Nick Dikecam Lagi Gara-Gara Gambar Ini

Meskipun ramai yang mengkritik foto tersebut, namun ada segelintir menasihati Janna supaya lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar.

Mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka. Apa pun diharap Janna lebih berhati-hati selepas ini.

Sengaja Atau Tak Tu? Janna Nick Dikecam Lagi Gara-Gara Gambar Ini

Janna Nick Tak Terasa Hati dengan Lufya

Pelakon Janna Nick terbuka dan tidak terasa hati tentang komen yang ditinggalkan oleh rakan pelakon, Lufya Omar apabila meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat pelakon tersebut berhijrah (menutup aurat) suatu hari nanti.

Menerusi gambar yang dimuat naik Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dalam Instagram miliknya, pelakon itu telah berkongsi foto dengan imej rambut ala ‘Barbie Doll’ bersama dengan sebuah beg tangan berjenama mewah.

Sengaja Atau Tak Tu? Janna Nick Dikecam Lagi Gara-Gara Gambar Ini

“Setiap saat ketika bernafas adalah satu anugerah,” tulis Janna pada gambar tersebut.

Pada ruangan komen, Lufya dilihat memuji gaya rambut Janna yang dianggap sangat comel, namun menyatakan tidak sabar untuk melihat Janna berhijrah suatu hari nanti.

“Barbie rambut tu sangat comel. Tak sabar nak tunggu Janna berhijrah. Mesti lagi cantik,” tulis Lufya.

Bagaimanapun, ada netizen dilihat kurang senang dengan komen positif yang ditinggalkan Lufya dan menganggap pelakon itu bersikap ‘kurang ajar’ kerana membuat teguran sebegitu secara terbuka.

“Nak nasihatkan mesej secara peribadi (pm). Kurang ajar masuk ‘rumah’ orang tegur sebegitu,” kata salah seorang pengguna Instagram.

Tidak cepat melatah, Janna ketika dihubungi Kosmo! tidak terasa hati langsung dengan komen yang ditinggalkan Lufya, sebaliknya dia berkata apa yang dikatakan rakannya itu adalah sesuatu yang benar.

“Apa yang dia (Lufya) cakap itu memang kebenaran (menutup aurat) yang kita semua tahu. Mungkin dia mahu gunakan platform Instagram untuk dia berdakwah dan mengajak kita kea rah kebaikan.

“Saya ambil teguran itu secara positif,” kata Janna.

Ujar pelakon drama Marry Me Senorita itu lagi, umat Islam baru sahaja memasuki tahun baharu semalam (1 Muharam 1443) dan sudah tiba masanya untuk menjadi individu yang lebih baik.

“Kita pun baru masuk tahun baharu Islam. Inilah masa untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Dalam situasi ini, saya harap semua orang akan jadi lebih positif,” jelasnya kepada Kosmo!

Sementara itu, Lufya ketika memberi komen terhadap perkara tersebut berpendapat, komen yang dia tinggalkan itu akan jadi positif kalau dibaca dengan nada yang positif.

“Bagi saya kalau orang yang positif pasti yang membacanya dengan nada positif. Apa yang saya katakan itu adalah satu doa.

“Saya sedang doakan Janna dan pastinya doa yang baik itu akan kembali semula pada yang mendoakan (diri sendiri) untuk terus istiqamah. Komen saya memang doa untuk Janna,” ujarnya.

Bahkan, Lufya atau nama lengkapnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, turut berharap supaya suatu hari nanti, orang lain turut mendoakan perkara yang baik-baik untuk anaknya.

Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kami Sama-Sama Dari Zaman Anak Dara Lagi, Tipulah Kalau Tak Sedih,” – Syura

“Sushi King Apa Ni? Tak Bertanggungjawab,”- Sweet Qismina