in , ,

Awal Ashaari & Janna Nick Tidak Lagi Mengacara MELODI Minggu Depan?

Siapakah pengganti pengacara Melodi? Nantikan minggu depan!

Jika sebelum ini gandingan duo pengacara sensasi program Melodi, Awal Ashaari dan Janna Nick seolah-olah bakal mengakhiri tugas mereka sebagai hos program tersebut, penerbit Melodi, Noradillah Abdullah memaklumkan bahawa satu sidang media khas bakal diadakan pada minggu hadapan.

Difahamkan, ia diadakan bagi menjawab persoalan mengenai status mereka berdua sebagai pengacara program hiburan tersebut.

Noradillah atau lebih dikenali sebagai Adeed, tiada sebarang kenyataan rasmi dapat dibuat daripada pihaknya buat masa ini.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan. Apa yang boleh saya katakan, nantikan satu sidang media yang bakal diadakan minggu depan.”

Terdahulu, Awal dan Janna ada memberi kenyataan samar-samar di mana mereka berdua seperti memberi petanda akan mengacara buat kali terakhir pada minggu hadapan.

Manakala Janna yang turut dihubungi turut enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut dan hanya menyerahkan kepada pihak produksi untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya tak nak komen apa-apa dulu. Saya serahkan perkara ini kepada pihak produksi untuk mengeluarkan kenyataan.” ujar Janna Nick.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizan Dakwa Hubungan Mereka Hanya Gimik Marketing, Sekali Anju & Zoey Bersuara

MeDKAD Lancar Kit Ujian Kendiri Rapid Antigen COVID-19 Buatan Malaysia