in , ,

“Sushi King Apa Ni? Tak Bertanggungjawab,”- Sweet Qismina

Pelakon, Sweet Qismina memberi res.ponnya setelah melihat video yang tular di Twitter semalam. Menerusi video terbabit, seorang wanita telah menunjukkan beberapa ekor lipas di makanannya yang berlaku di salah satu francais Sushi King.

Di Instagram, Sweet memuat naik kembali video tersebut dengan menyatakan perasaan ter.kejut dan ma.rahnya. Ujar pelakon genit ini, dia merupakan salah seorang peminat makanan Jepun itu dan sering membeli daripada cawangan berkenaan.

"Sushi King Apa Ni? Tak Bertanggungjawab,"- Sweet Qismina

Foto – @sweetqismina (Instagram)

“@sushikingmalaysia, apa ni? Saya adalah peminat sushi ye. @sushikingmalaysia, saya pun kadang-kadang ada beli makanan daripada kedai awak melalui Grab. Ini tidak lawak!”, tulis Sweet sambil meletakkan emoji tahan mun.tah.

“Sangat Tak Bertanggungjawab!”- Sweet

Yang membuatkan pelakon ini menjadi lebih ma.rah, francais terbabit telah menyekat akaun wanita berkenaan daripada menyebut nama akaun media sosialnya. Sweet mengklasifikasikan tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan profesional.

"Sushi King Apa Ni? Tak Bertanggungjawab,"- Sweet Qismina

Foto – Twitter

“Dan awak sekat individu yang tag awak? Sangat TAK BERTANGGUNGJAWAB”, ujar Sweet.

Sekadar info, seorang pengguna yang dikenali sebagai @ShaffiPotter di Twitter telah memuat naik video seorang wanita yang merakam beberapa ekor lipas di makanannya setelah berada di salah satu francais Sushi King.

“Hi guys, semalam saya ada muat naik video dari TikTok mengenai seorang wanita ini pergi ke Sushi King dan ada lipas di makanannya. Kemudian saya tag Sushi King di IG. Apa yang mereka lakukan? Mereka telah menyekat akaun saya. Perkhidmatan pelanggan sangat te.ruk!”

"Sushi King Apa Ni? Tak Bertanggungjawab,"- Sweet Qismina

Bagaimanapun, ciapan @ShaffiPotter mengenai insiden itu telah dipadam dan Sushi King juga mengeluarkan kenyataan memohon maaf.

Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sengaja Atau Tak Tu? Janna Nick Dikecam Lagi Gara-Gara Gambar Ini

Amal Makanan Sunnah, Ellie Suriaty Omar Hormat Keputusan Anak Tolak Vaskin