in

Senarai Peserta Qari Jr. Musim Ke-5

Qari Jr. sebuah program realiti keagamaan kanak-kanak kini kembali untuk musim ke-5 pada tahun ini. Qari Jr. akan memulakan siarannya pada setiap hari Ahad bermula 29 Mei ini, pada jam 9.00 malam. Namun bermula 5 Jun hingga episod separuh akhir iaitu 3 Julai, Qari Jr. musim ke-5 akan bersiaran pada jam 10 malam pada hari yang sama.

Episod kemuncak, pentas akhir akan bersiaran pada 17 Julai, jam 9 malam. Program istimewa bersempena dengan tibanya bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi, mencari seorang Qari muda yang bukan sahaja mempunyai asas kukuh dalam Al-Quran tetapi juga mempunyai pengetahuaan yang luas, mampu berfikir dengan matang, merenung dan memperhatikan ciptaan Allah.

Qari Jr. 5 Poster

Satu sesi ujibakat telahpun diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama bagi mencari bakat-bakat berumur diantara 6 hingga 12 tahun pada 10 April lalu. Sesi ujibakat tersebut mendapat sambutan hebat apabila lebih 300 peserta dari pelbagai pelusuk negeri hadir untuk menyertai program yang penuh manfaat ini. Jika tahun lalu, Mira Filzah merupakan pengacara, tahun ini Qari Jr. musim ke-5 akan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Fakhrul Radhi yang juga merupakan bekas juara musim ketiga rancangan Akademi Al-Quran di TV9.

Qari Jr. adalah 100% ditentukan oleh juri profesional dimana adik-adik akan dinilai melalui hafazan (30%), Tajwid (30%), Fasohah (30%), Taranum (10%) dan kefahaman ayat (10%). Ustaz Nik Azizan Datuk Nik Jaafar merupakan juri tetap yang akan mengemudi pemarkahan bagi setiap minggu bersama-sama juri jemputan. Para peserta akan turut dibimbing oleh Ustaz Malik bin Ahmad sebagai murabbi.

Qari Jr. musim ke-5 ini ditaja oleh penaja utama Almas Beauty & Health bersama penaja bersama dan majalah rasmi iaitu Ana Muslim. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah dan baucar tunai RM900.

Tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai RM5,000, komputer tablet dan juga baucar tunai RM750. Manakala tempat ketiga turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000, komputer tablet dan baucar tunai RM600. Untuk mereka yang tidak berjaya akan turut menerima hadiah saguhati sebanyak RM1,000 dan baucar tunai RM150.

Program ini mempunyai tugas mingguan dimana surah dipilih mengkiut tema daripada keseluruhan Al-Quran.

Antara tema mingguan ialah Bulan-bulan Islam, Haiwan Dalam Al-Quran, Perwira dalam Al-Quran, Keajaiban Al-Quran, Cinta Rasul dan Penawar dalam Al-Quran. Seramai 10 orang peserta telah terpilih dan mereka adalah; Ahmad Naufal Bin Fauzi (12 Tahun), Ainul Mardhiyyah bt Bazurim (9 tahun), Danish Farhan Bin Abdul Razak (10 tahun), Hana Batrisyia binti Fairuz (10 tahun), Muhammad Ady Fawwaz bin Mohd Faiq (10 tahun), Muhammad Afiq Haikal bin Norazizi (9 tahun), Nur Ain Syadiah Binti Ahmed Mashoor (11 tahun), Nurisya Khyra binti Zamzuri (10 tahun), Sofea Humairah binti Erwan (11 tahun) dan Wan Ahmad Nur Firas bin Wan Mohd Nurussabah (9 tahun).

Jangan lupa untuk menyaksikan kehebatan anak-anak kecil ini yang bakal membuatkan anda kagum, terpesona dan berinspirasi dengan kebolehan mereka dalam Qari Jr. musim ke-5 ini nanti.

Muhammad Afiq Haikal Bin Norazizi

MUHAMMAD AFIQ HAIKAL BIN NORAZIZI

Nur Ain Syadiah Binti Ahmed Mashoor

NUR AIN SYADIAH BINTI AHMED MASHOOR

Nurisya  Khyra Bt Zamzuri

NURISYA KHYRA BT ZAMZURI

Sofea Humairah Binti Erwan

SOFEA HUMAIRAH BINTI ERWAN

Nurisya  Khyra Bt Zamzuri

NURISYA KHYRA BT ZAMZURI

Sofea Humairah Binti Erwan

SOFEA HUMAIRAH BINTI ERWAN

Ahmad Naufal Bin Fauzi

AHMAD NAUFAL BIN FAUZI

Ainul Mardhiyyah Bte Bazurim

AINUL MARDHIYYAH BTE BAZURIM

Danish Farhan Bin Abdul Razak

DANISH FARHAN BIN ABDUL RAZAK

Hana Batrisyia Binti Fairuz

HANA BATRISYIA BINTI FAIRUZ

Muhammad Ady Fawwaz Bin Mohd Faiq

MUHAMMAD ADY FAWWAZ BIN MOHD FAIQ

Wan Ahmad Nur Firas Bin Wan Mohd Nurussabah

WAN AHMAD NUR FIRAS BIN WAN MOHD NURUSSABAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips & Rahsia Maya Karin Tidur Lena

Keputusan Penuh Pemenang KARYAONE WAVE AWARDS 2016