in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Golden Globe 2019

Anugerah Golden Globe 2019 kali yang ke-76 yang berlangsung pada malam Ahad (waktu tempatan) menyaksikan filem biopic Bohemian Rhapsody muncul sebagai Filem Terbaik.

Kemenangan itu sekaligus menumpaskan saingan yang disebut-sebut akan merangkul trofi berkenaan A Star Is Born yang menampilkan Lady Gaga dan Bradley Cooper.

Bagaimanapun A Star Is Born masih membawa pulang trofi Lagu Terbaik menerusi Shallow hasil ciptaan Lady Gaga sendiri bersama beberapa penulis lain.

Bohemian Rhapsody mengangkat mengenai kisah kumpulan rock terkenal Queen turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Remi Malek yang memegang watak sebagai Freddie Mercury.

Golden Globe 2019 juga menyaksikan beberapa kejutan apabila filem Green Book memenangi beberapa kategori utama termasuk Filem Terbaik (Muzikal atau Komedi).

Malah ramai tidak menjangkakan drama bersiri komedi The Kominsky Method yang disiarkan di Netflix membawa pulang trofi selain kemenangan dua pelakon Richard Madden (Bodyguard) dan Patricia Arquette (Escape at Dannemora) berjaya menumpaskan nama besar lain dalam kategori Pelakon Terbaik Drama.

Sementara itu, trofi Pengarah Terbaik milik Alfonso Cuaron dari Mexico yang turut membawa pulang anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, ROMA.

Golden Globe 2019 diadakan di Beverly Hilton, Los Angeles dan ia dihoskan oleh Andy Samberg dan Sandra Oh yang turut membawa pulang trofi Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Televisyen (Drama) menerusi Killing Eve.

Berikut adalah senarai pemenang trofi utama Golden Globe 2019:

1. Kategori Filem

Filem Terbaik (Drama): Bohemian Rhapsody

Filem Terbaik (Mizukal atau Komedi): Green Book

Filem Terbaik (Animasi): Spider-Man: Into the Spiderverse

Persembahan Terbaik Aktres Dalam Filem (Drama): Gleen Close (The Wife)

Persembahan Aktor Terbaik Dalam Filem (Drama): Rami Malek (Bohemian Rhapsody)

Persembahan Aktres Terbaik Dalam Filem (Muzikal atau Komedi): Olivia Colman (The Favourite)

Persembahan Terbaik Aktor Dalam Filem (Muzikal atau Komedi): Christian Bale (Vice)

Persembahan Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Dalam Filem: Regina King (If Beale Street Could Talk)

Persembahan Terbaik Pelakon Pembntu Lelaki Dalam Filem: Mahershala Ali (Green Book)

Pengarah Terbaik Filem: Alfonso Cuaron (ROMA)

Lagu Terbaik Filem: Shallow (A Star Is Born)

2. Kategori Televisyen

Drama Bersiri Terbaik: The Americans

Drama Bersiri Terbaik (Muzikal atau Komedi): The Kominsky Method

Filem Televisyen Terbaik: The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Televisyen (Drama): Sandra Oh (Killing Eve)

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Terbaik Siri Televisyen (Drama): Richard Madden (Bodyguard) 

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Siri Televisyen (Muzikal atau Komedi): Rachel Brosnahan (The Marvelous Mrs. Maisel)

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Siri Televisyen (Musical atau Komedi): Michael Douglas (The Kominsky Method)

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Dalam Filem Televisyen: Patricia Arquette (Escape at Dannemora)

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Dalam Filem Televisyen: Darren Criss ( The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story)




Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu ADIWIRA SEPI Nyanyian Ray Asri

Bagasi Sherry Ibrahim Hilang di Oman Telah Ditemui Tapi…