in ,

Awkwafin Cipta Sejarah Menang Pelakon Terbaik Wanita di Anugerah Golden Globe 2020

Aktres Awkwafina mencipta sejarah sebagai pelakon berdarah Asia pertama yang memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik – Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe 2020 di sini, hari ini.

Memikat juri melalui lakonannya sebagai Billi dalam filem The Farewell, Awkwafina menewaskan nama besar lain iaitu Cate Blanchett, Emma Thompson, Beanie Feldstein dan Ana de Armas.

Awkwafina atau nama sebenarnya, Nora Lum yang dilahirkan di New York, Amerika Syarikat (AS), gugup dan terkejut dengan kemenangan itu.

“Saya mahu dedikasikan kemenangan ini kepada bapa, Wally…. Saya sudah ada kerja. Untuk nenek yang juga kawan baik, dialah yang membesarkan saya,”

– Awkwafina

Pelakon ini mencipta populariti melalui filem Crazy Rich Asians yang turut menampilkan bintang kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh dan HenryGolding.

Awkwafina yang bermula sebagai penyanyi rap menjadi wanita berdarah Asia keenam yang dicalonkan pada Anugerah Golden Globe selepas Machiko Kyo, Miyoshi Umeki, Yvonne Elliman, Haille Steinfeld dan Constance Wu.

Sementara itu, pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt mencipta kejutan apabila diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) menerusi Once Upon A Time In Hollywood arahan Quentin Tarantino.

Pitt menewaskan nama Tom Hanks, Al Pacino, Joe Pesci dan Anthony Hopkins.

Dalam ucapan kemenangannya, Pitt berterima kasih kepada teman baiknya, Leonardo DiCaprio.

“Saya menyaksikan kejayaan filem The Revenant sebelum ini. Lelaki ini (merujuk kepada Dicaprio) luar biasa. Saya berterima kasih kepadanya kerana saya tak akan mampu berada di sini tanpa dirinya,”

– Awkwafina

Once Upon A Time In Hollywood arahan Tarantino juga memenangi kategori, Filem Terbaik – Muzikal/Komedi dan Lakon Layar Terbaik.

Dicaprio yang bertanding untuk filem sama dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Terbaik – Muzikal/Komedi bagaimanapun tewas di tangan Taron Egerton yang beraksi dalam naskhah biopik Rocketman.

Filem Joker yang disebut-sebut mampu merebut anugerah utama tidak pulang dengan tangan kosong. Watak supervillain ternama di kota fiksyen Gotham City yang dilakonkan aktor Joaquin Phoenix, berjaya menobatkannya sebagai Pelakon Filem Lelaki Terbaik.

Filem arahan Todd Philips itu menang kategori Skor Muzik Terbaik.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ikuti Kisah Inspirasi 13 IKONITA Berjaya di TV1

Kejutan DANSA DAN SING Minggu Pertama, Hady Mirza Jadi Pengacara Bersama Sherry Alhaddad