in , ,

Bagasi Sherry Ibrahim Hilang di Oman Telah Ditemui Tapi…

Budiey rasa bersimpati dengan nasib yang menimpa selebriti dan usahawan terkenal, Sherry Ibrahim yang meluahkan rasa kesal atas insiden kehilangan bagasi ketika berada di Oman.

Kata Sherry, dia masih belum mendapat sebarang berita berhubung kehilangan bagasinya itu dan berharap perkara tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sherry Ibrahim

“Masih tiada sebarang berita berhubung kehilangan bagasi saya dari pihak lapangan terbang.

“Tiada pakaian, tiada toiletries, no this and no that and of course no mood right now.

“Malah, kakitangan pun tidak dapat mengesan di mana bagasi saya. Tak tahu nak salahkan siapa.

“Harap-harapnya saya akan mendapat semula barangan saya yang tidak dapat dikesan itu hari ini,”

– Sherry Ibrahim (Instagram)

Kita harap semoga bagasi Sherry dan barangnya dapat ditemui semula. Take care Sherry!

Sherry Ibrahim

Kemaskini: Bagasi yang hilang tak dapat dikesan telah pun dikembalikan semula kepada Sherry Ibrahim. Menurut Sherry, bagasi itu telah diterbangkan hingga ke London. Walaupun bagasi telah sampai ke pangkuan, namun Sherry agak kesal kerana ada defect.

Kesian Sherry dua hari terpaksa pakai baju dan seluar yang sama.

Sherry Ibrahim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Golden Globe 2019

Ada Sebab AQUAMAN Diangkat Sebagai Filem Terbaik DC