in , ,

Filem OPPENHEIMER Berjaya Rangkul Lima Trofi Anugerah Golden Globe

Filem biografi dan sejarah mengenai penemuan bom atom, Oppenheimer, dinobatkan sebagai Filem Terbaik (Drama) dalam malam kemuncak Anugerah Golden Globe Ke-81 di Beverly Hills.

Filem terbitan Universal Pictures ini mencipta kejayaan dengan meraih lima pengiktirafan, termasuk kategori Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh Christopher Nolan, Aktor Terbaik (Cillian Murphy), Aktor Pembantu Terbaik (Robert Downey Jr), serta Skor Asal Terbaik (Ludwig Göransson).

Christopher Nolan, ketika memberi ulasan tentang kemenangan filem arahannya, menyatakan bahawa sebagai pengarah, tanggungjawabnya adalah untuk memastikan setiap pelakon memberikan hasil yang terbaik.

“Saya sangkakan lebih mudah menerima anugerah untuk diri saya sendiri, tetapi sebagai pengarah, saya sedar bahawa saya hanya menerima trofi ini sebagai wakil sahaja. Sebagai pengarah, tugas saya adalah untuk menyatukan pelakon dan memastikan mereka memberikan yang terbaik,”

– Christopher Nolan

Cillian Murphy, sementara itu, mengucapkan penghargaan kepada Nolan kerana memberikan kepercayaan kepadanya selepas 20 tahun berada dalam industri lakonan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nolan dan Emma Thomas kerana mempercayai bakat saya. Kali pertama saya melangkah ke set Nolan, saya dapat merasakan perbezaannya.

Satu perkara yang cukup indah dan menyentuh hati sebagai seorang pelakon adalah saya tidak boleh melakukannya bersendirian.

Kami mempunyai kumpulan pelakon yang sangat hebat untuk naskhah ini. Mereka bersama saya malam ini, dan ini adalah satu momen yang sangat magis,”

– Cillian Murphy

Melalui watak ahli fizik J. Robert Oppenheimer, Murphy mengungguli nama-nama seperti Bradley Cooper dari filem Maestro, Leonardo DiCaprio (Killers of the Flower Moon), Colman Domingi (Rustin), Barry Keoghan (Saltburn), dan Andrew Scott (All of Us Stangers).

Sejarah peribadi turut terukir bagi pelakon Lily Gladstone yang memenangi trofi Aktres Terbaik menerusi peranannya dalam filem Killers of the Flower Moon, terbitan Apple Inc. Sementara itu, Emma Stone diiktiraf sebagai Aktres Terbaik Komedi untuk peranannya dalam filem Poor Things.

Pada acara anugerah tahunan tersebut, filem Barbie yang mendominasi senarai pencalonan dengan sembilan pencalonan mengungguli kategori Anugerah Box Office.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Undang Judika Penyanyi Jemputan di Konsert Sebuah Epitome

Apple Vision Pro Mula Dijual 2 Februari Dengan Harga Permulaan RM16,274