in

Senarai Pencalonan 10 Teratas Popular ANUGERAH TELENOVELA 2017

ANUGERAH TELENOVELA 2017 dan Forum Buku ke Skrin (Book2Screen) akan berlangsung pada 22 hingga 24 Disember 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC, Kuala Lumpur. Malam Anugerah Telenovela 2017 dan akan berlangsung pada 23 Disember 2017

Budiey kira Anugerah Telenovela adalah satu pengiktirafan yang wajar diteruskan kerana ia mengangkat martabat penulis, penerbit dan warga kerja industri kreatif yang berjaya menterjemah kandungan buku terutama novel kepada layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.

Hari ini, 14 November, bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Budiey hadir di sini untuk liputan di Pelancaran Roadshow Top 10 Anugerah Telenovela 2017 yang bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 3 petang.

Antara agenda yang dirangka, acara ini dimulakan dengan Persidangan Buku ke Skrin – Industri Kreatif Era TN50 yang dibincangkan oleh empat orang panel iaitu Prof. Dr Asiah Sarji dari UUM, Puan Nora Nordin dari UiTM, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Encik Mohd Khair Ngadiron dari Istitut Terjemahan & Buku Malaysia. Forum ini dipengerusi oleh YBhg. Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar.

Anugerah ini mengiktiraf novel yang telah diangkat menjadi siri televisyen yang dipanggil telenovela. Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penulisan novel, keilmuan dan kesusasteraan, perfilemannya. Justeru itu akan berkembanglah industri buku dan industri kreatif negara.

Telenovela juga akan diperkembangkan ke negara-negara ASEAN yang lain. Pengiktirafan Anugerah Telenovela boleh menjadi penanda aras untuk drama-drama ini dipertandingkan ke peringkat ASEAN kelak.

 Senarai Pencalonan 10 Teratas Popular ANUGERAH TELENOVELA 2017

PELAKON LELAKI POPULAR

Nama Calon Nama Telenovela
Alif Satar Dia Semanis Honey
Fattah Amin Suri Hati Mr. Pilot
Idris Khan Duda Terlajak Laris
Hafreez Adam Pengantinku Jatuh Dari Langit
Zul Arifin Uda & Dara
Amar Baharin Akadku Yang Terakhir
Shukri Yahaya 7 Hari Mencintaiku
Saharul Ridzwan Kau, Aku, Kita
Ashraf Muslim Mr. Boss, Miss Stalker
Kamal Adli Pergilah Air Mata

 

PELAKON WANITA POPULAR

Nama Calon Nama Telenovela
Neelofa Suri Hati Mr. Pilot
Nur Fazura Langit Cinta
Zahirah MacWilson Cik Cinderella dan Encik Tengku
Siti Nordiana Dia Semanis Honey
Janna Nick Kau, Aku, Kita
Siti Saleha 7 Hari Mencintaku
Mira Filzah Cinta si Wedding Planner
Mia Ahmad Mr. Boss, Miss Stalker
Emma Maembong Tersuka Tanpa Sengaja
Tiz Zaqyah Akadku Yang Terakhir

 

NOVEL POPULAR

Nama Calon Penerbit Novel
Suri Hati Mr. Pilot Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Dia Semanis Honey Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Langit Cinta Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
7 Hari Mencintaiku SR Publication
Duda Terlajak Laris Penulisan Enterprise
Kau, Aku, Kita Penerbitan Fajar Pakeer
Mr. Boss, Miss Stalker Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Cinta si Wedding Planner Penulisan Enterprise
Cik Cinderella dan Encik Tengku Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
Tundukkan Playboy Itu Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.

 

TELENOVELA POPULAR

Nama Calon Penerbit Telenovela
Suri Hati Mr. Pilot Cube Film Sdn. Bhd.
Dia Semanis Honey Cube Film Sdn. Bhd.
Langit Cinta Astro Shaw & Nuansa Sdn. Bhd.
7 Hari Mencintaiku Pena Creative Pictures Sdn. Bhd.
Duda Terlajak Laris Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Kau, Aku, Kita JS Pictures Sdn. Bhd.
Akadku Yang Terakhir Global Station Sdn. Bhd.
Mr. Boss, Miss Stalker Saphire Screen Sdn. Bhd.
Cinta si Wedding Planner Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Cik Cinderella dan Encik Tengku Orangetree Production Sdn. Bhd. 

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pencalonan 10 Teratas Terbaik ANUGERAH TELENOVELA 2017

Selepas Motosikal Dicuri, Kereta Kamal Adli Pula Remuk?