in

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013

Tepat jam 9 malam, Anugerah Lawak Warna anjuran Astro telah bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika. Anugerah ini adalah kali pertama diadakan dan Budiey kira perlu diteruskan di tahun-tahun akan datang bagi mengiktiraf kerja-kerja pelawak yang banyak menghiburkan penonton tak kiralah samada dalam program TV, drama mahu pun filem.

Anugerah Lawak Warna

[pullquote align=”right”]Diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, anugerah ini dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Neelofa.[/pullquote]

Di sini, Budiey nak ucapkan sekalung tahniah buat filem Istanbul Aku Datang kerana telah menang besar dan berjaya menepis kemaraan filem lain. Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, Istanbul Aku Datang meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).

Manakala filem arahan Mamat Khalid iaitu Rock Oo pula memenangi kategori Skrip Komedi Filem Terbaik. Drama 7 Dulang Asam Pedas mendapat dua anugerah menerusi kategori Lakon Layar Komedi TV Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik TV (Azizi Chunk Adnan). Begitu juga dengan drama Kampung Semarah Padi yang meraih dua anugerah iaitu bagi kategori Skrip Komedi Terbaik (Megat Fauzi Sukarnain) dan Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Sabri Yunos).

Manakala Anugerah Khas Juri pula yang dianugerahkan kepada pengarah Othman Hafsham. Pelakon Allahyarham S.Shamsuddin yang meninggal dunia pada 4 Jun lalu turut diberi penghormatan Anugerah Khas Sepanjang Zaman yang diterima oleh dua anaknya iaitu Arif dan Ariffin. Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh pelawak veteran Datuk Aziz Satar.

Anugerah Lawak Warna

Proses pengadilan ALW dilakukan seratus peratus oleh juri profesional sementara hanya empat kategori popular sahaja ditentukan oleh khidmat pesanan ringkas (SMS) peminat iaitu Artis Lawak Lelaki paling popular, Artis Lawak Wanita Paling Popular, Segmen Komedi Radio Paling Popular dan Video Viral Original Paling Popular.

Anugerah Lawak Warna

Berikut ini senarai penuh pemenang Anugerah Lawak Warna.

KATEGORI TERBAIK

  • 1. Filem Komedi Terbaik: Istanbul Aku Datang
  • 2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem): Zizan (Hantu Kapcai)
  • 3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem): Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
  • 4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Tv): Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
  • 5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Tv): Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk Tv)
  • 6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2012
  • 7. Siri Tv Komedi Terbaik: Keluarga Iskandar
  • 8. Siri Komedi Kanak-Kanak Tv Terbaik: Oh! My English
  • 9. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Warna Raya 2012
  • 10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem): Istanbul Aku Datang
  • 11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Tv): 7 Dulang Asam Pedas
  • 12. Skrip Komedi Tv Terbaik: Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
  • 13. Skrip Komedi Filem Terbaik: Rock Oo
  • 14. Pengarah Komedi Terbaik (Tv): Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)
  • 15. Pengarah Komedi Terbaik (Filem): Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

KATEGORI POPULAR

  • 1. Artis Lawak Lelaki Paling Popular: Jep Sepah
  • 2. Artis Lawak Wanita Paling Popular: Didie Alias
  • 3. Segmen Komedi Radio Paling Popular: Sketsa Johara
  • 4. Video Viral Original Paling Popular: Matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin
  • 5. Anugerah Khas Juri: Othman Hafsham
Anugerah Lawak WarnaTengku Iesta dari Grand Brilliance

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Azizi Chunk Adnan yang menggondol trofi Pengarah Komedi Terbaik (TV)

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Congrats Lisa Surihani

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA Era FM

Emma Maembong dalam Drama Bersiri 3 Nenek 3 Dara