in , ,

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009

Empat bulan lalu, nama-nama finalis diumumkan untuk diundi oleh pembaca Berita Harian. Semua artis yang bertanding terus melancarkan usaha & kempen memancing undian daripada peminat menerusi laman sosial mereka.

Maka Facebook dan Twitter dipenuhi dengan rayuan-rayuan untuk peminat memangkah nama mereka dan tak cukup dengan itu, undian SMS juga turut dibuat.

Selain kempen dari selebriti bertanding, penganjur Berita Harian dan Persatuan Akademi Industri Muzik (Akademi) juga mengadakan siri jelajah promosi ABPBH 2009, yang singgah di empat bandar utama iaitu Sungai Petani, Kemaman, Johor Baru dan Klang, sepanjang Mac lalu. Acara ini memberi peluang untuk artis yang bertanding untuk lebih dekat lagi dan memperhebatkan lagi undian dari peminat.

Budiey dengar, Roadtour ini dapat sambutan hangat dari peminat dan jumlah peminat meningkat secara mendadak. Tahniah buat BH atas usaha ini kerana rasanya bukan mudah untuk mengumpulkan semua artis popular yang bertanding sebab jadual diorang sangat sibuk.

Sesi red karpet juga menarik perhatian ramai pemerhati hiburan. Fesyen dan artis mana boleh dipisahkan. Asyik nak glamor je.

4493204349 7F26936C6C O | 4
4493842724 3C39784Ccb O | 5
4493843040 Cb17411E84 O | 6

Untuk tahun ini, ada sedikit kelainan. Hadiah lumayan bukan sahaja diberikan kepada artis bertanding dan pembaca bertuah, malah penganjur juga menghadiahkan kepada tetamu VVIP dan wartawan yang hadir. Pelbagai habuan menarik seperti hamper sumbangan Tohtonku iaitu hamper Nano White untuk pemenang wanita manakala Uberman untuk pemenang lelaki. Hadiah utama iaitu barangan Habib bernilai RM10,000 akan diberikan kepada pemenang utama untuk kategori tetamu VVIP akan disampaikan pada majlis post party malam ini. Apa yang perlu dibuat ialah hanya melaram dengan pakaian yang mengikut tema CETUSAN WARNA.

Akhirnya pada hari ini, 04.04.2010, Anugerah Bintang Popular 2009  telah pun berlangsung dengan penuh warna-warni. Sesuailah dengan tema ABP-BH kali ini iaitu CETUSAN WARNA.

Acara dimulakan dengan laluan selebriti di karpet merah seawal jam 7.45 malam. Anugerah anjuran Berita Harian ini disiarkan secara langsung di TV3, stesen radio Hot FM selain laman web rasmi NSTP e-media.

Sebanyak 17 kategori dipertandingkan dan pada malam ini, Arena of Stars, Genting Highland menjadi saksi.

4493843040 Cb17411E84 O | 6

PENGACARA

Dihoskan oleh Raja Azura & Sharifah Shaheera, penonton di Arena of Stars nampak begitu terhibur.

4493206097 7448405Ec7 O | 8

PENYAMPAI TROFI:

Sebagai anugerah yang berprestij di Malaysia, Budiey kira sangat wajar anugerah ini melibatkan semua orang-orang yang terlibat dalam semua bidang hiburan termasuklah bidang lakonan, nyanyian, penyiaran dan sebagainya.

Ini boleh dilihat, apabila Budiey membaca senarai penyampai trofi. Selain artis, pelakon, orang-orang di belakang tabir pun turut dijemput untuk menyampai trofi.

Anugerah disampaikan oleh nama popular baru dan lama yang menaiki pentas sebagai penyampai trofi. Antaranya Scha Alyahya, Awal Ashaari, Chef Wan, Shidee, Norliana Shamsudin, Shaheizi Sam, Ikhwan, Anne, Kak Yong (deejay veteren), Fauziah Ahmad Daud, Noralbaniah, Azlina Aziz, Fauziah Latiff, Rosyam Nor, David Teo, Watie Sadali dan Ummi Nazeera, Nor Salina Saibi, Syamsul Yusof, Watie, Fauziah Latif, Nora.

4493206349 721E3193D6 O | 9
4493844862 54Ac74D516 O | 10
4493845092 49Ced56Ef6 O | 11

PERSEMBAHAN ARTIS:

Semua segmen persembahan pada kali ini cukup menarik apabila ia membolehkan peminat daripada pelbagai peringkat umur berhibur. Bagi peminat muda, tentunya persembahan penyanyi masa kini seperti Adam, Stacy, Alyah, Dafi, Aril, Akim menghiburkan. Peminat yang lebih berusia pula masih boleh berhibur bersama kemunculan nama lebih senior seperti Datuk M Daud Kilau dan kumpulan Wings.

Arena digegarkan dengan intro yang sangat gempak oleh gabungan ikon rock Faizal Tahir dan kumpulan indie Bunkface dengan lagu Revolusi.

Persembahan artis baru yang mengalunkan lagu-lagu KRU. Antaranya, Hafiz, Akim, Aril, Dafi dan lagu dari Feminine didendangkan oleh NorFaliana, Marsha, Diana Danielle, Ainul Aishah. Tapi masa giliran Farliyana, mic tak berfungsi. Mencacatkan persembahan di audien Arena. Dan mereka bergabung suara untuk lagi AWAS! Rata-rata penyanyi lelaki tu semput dan takde stamina. Ish!

Lagu Kau Pergi Jua, walau pun cacat kerana terlupa lirik pada intro lagu, tapi mesej untuk memperingati Allahyarham Ustaz Asri sangat terasa. Irama dari orkestra memang ‘seriau’. Kalau ada yang perasan, lirik lagu ini diubah sedikit untuk menyesuaikan dengan tribute untuk Allahyarham Ustaz Asri. Pasti ada yang menangisi pemergian beliau. Al-Fatihah buat semua yang tiada. Kita tak tahu lagi bila.

Edisi ke-23 APBPBH ini sekali lagi mengegarkan penonton dengan persembahan hebat daripada barisan penyanyi lain seperti Bunkface, Faizal Tahir.

Persembahan bersama idola Dayang Nurfaizah, Alyah untuk lagi Doa Buat Kekasih pun cambest!

Persembahan paling mantap ialah persembahan penutup dari Jaclyn Victor, Black dan Wings. Lagu Jaket Biru, Mantap giler!

Keputusan itu diperoleh hasil pengiraan lebih 400,000 borang undian yang diterima penganjur sejak bermulanya proses kiraan pada 1 Februari lalu dan berakhir kira-kira jam 5 petang, 2 April 2010.

Tahun ini menyaksikan proses undian menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) diperkenalkan dan lebih 220,000 SMS diterima pihak penganjur.

Semakan akhir senarai lengkap jumlah undian itu dibuat Juruaudit Dalaman, Jabatan Tataurus Korporat The News Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Muhammad Nazim Ismail dan Fatmawati Shahril.

4493211471 F05909C770 O | 12
4493850144 8Bf2Cc9353 O | 13

Tahniah Aizat & Liyana Jasmay

4493850696 17A46Cbd37 O | 14
Tahniah Nor Khiriah!

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009:

1. Penyanyi Lelaki Popular : Aizat

2. Penyanyi Wanita Popular : Dato Siti Nurhaliza

3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : Bunkface

4. Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani

5. Pelakon Filem Lelaki Popular : Que Haidar

6. Pelakon Filem Wanita Popular : Liyana Jasmay

7. Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak

8. Pelakon TV Wanita Popular : Tiz Zaqyah

9. Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi

10. Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

11. Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

12. Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

13. Artis Komedi Lelaki Popular : Nabil Raja Lawak

14. Artis Komedi Wanita Popular : Norkhiriah

15. Artis Baru Lelaki Popular : Black

16. Artis Baru Wanita Popular : Yuna

17. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Khadijah Ibrahim

18. Artis Paling Popular : 225300 undian – Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza mengekalkan populariti malam tadi apabila buat kali ke-13 berturut-turut mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular dengan mengetepikan pencabarnya Stacy, Yuna, Jaclyn Victor dan Mila.

Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2009 di Arena of Stars, di sini bertemakan Cetusan Warna dengan dihadiri hampir 5,000 penonton.

4493845752 E4B552Ccb0 O | 15
4493846306 8038F741F9 O | 16

Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza kerana telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.Dato’ Siti Nurhaliza akan membawa pulang hadiah bernilai RM328,000 termasuk barang kemas Habib bernilai RM150,000, kereta Nissan x-Trail 2.0L bernilai RM130,000, Perabot Empire Classic bernilai RM30,000 serta pakej penginapan mewah di Head Of State Suite Palace Of The Golden Horses bernilai RM18,000.

Untuk setiap pemenang 16 kategori yang dipertandingkan, artis yang memang malam ini memenangi hadiah berjumlah RM27,000 termasuk barangan kemas Habib bernilai RM20,000, Perabot Empire Classic bernilai RM5,000, Kad Ganjaran Palace Lifestyle bernilai RM500, hamper Nano White bernilai RM500 dan fabrik sumbangan Jakel bernilai RM1,000.

Tidak lupa juga, hadiah lumayan juga akan diberikan kepada pemenang kategori Anugerah pencapaian Sepanjang Hayat. Kesemuanya bernilai RM31,500 berupa Barang kemas Habib, hamper nano white dan fabrik Jakel.

Untuk hadiah utama pembaca bertuah pula, pemenangnya akan membawa pulang sebuah kereta Nissan Grand Livina 1.6A bernilai RM86,000, barang kemas Habib, perabot Empire Classic, Naza Blade 250, baucer dari Slimming Sanctuary, percutian ke Korea 6 Hari 4 malam, hamper Nano White dan fabrik Jakel.

Sementara untuk pereka popular pula, hadiah yang ditawarkan keseluruhan adalah berjumlah RM130,000.

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga kepada penganjur.

4493211105 C59D17B2A3 O | 17
4493210579 3D30C831Ec O | 18

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Karpet Merah ABP 2009

Gambar Kamal Adli di Karpet Merah ABP 2009