in

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Raih 5.5 Juta Penonton

Anugerah Bintang Popular Semarak Cinta Zarra Sinar Puteri anjuran Berita Harian (ABPBH) telah berlangsung pada hari Ahad, 5 April lalu. Dalam kegembiraan meraikan Shaheizy Sam yang telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Polpular 2014, pihak TV3 selaku penyiar rasmi ABPBH turut meraikan jumlah penonton ABPBH malam itu mencecah 5.5 juta.

Lebih membanggakan adalah Anugerah Bintang Popular ini berjaya mendominasi hampir 55% penonton (market share) mengatasi pelbagai program-program menarik di stesen televisyen lain yang juga bersiaran pada masa dan waktu yang sama.

Budiey di Anugerah Bintang Popular 2014

Sememangnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini merupakan salah satu majlis anugerah berprestij yang dinanti-nantikan peminat dan penggiat industri seni tanah air. Bukan sahaja di kaca televisyen, Anugerah Bintang Popular ini juga dipancarkan menerusi laman portal video rasmi (www.tonton.com.my) di mana penonton disajikan dengan siaran langsung dan ulangan seluruh program itu.

Statistik di arena ‘atas talian’ (online) mencatatkan sebanyak 3 juta pengguna laman sosial yang menggunakan #ABPBH14 pada malam itu. Dengan pencapaian itu, Anugerah Bintang Popular telah trending selama dua hari bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Para penggemar Anugerah Bintang Popular boleh melihat kesemua komen dan gambar yang dimuat naik dengan #ABPBH14 di Twitter, Instagram, dan Facebook.

Manakala jumlah tontonan (views) di laman rasmi ABPBH (www.abpbh.com.my) & Tonton (www.tonton.com.my) mendapat hampir 65,000 tontonan. Bukan sahaja dari Malaysia malah Singapura, Brunei, Sepanyol, United Kingdom & Australia, merupakan antara negara yang menonton Anugerah Bintang Popular. Sehingga hari ini, jumlah catch-up di Tonton (www.tonton.com.my) mempunyai lebih dari 30,000 tontonan dan dijangka meningkat hari demi hari. Klip klip esklusif di laman youtube juga mendapat sambutan hebat dengan lebih 169,000 tontonan secara keseluruhannya.

Atas sokongan padu dan ’magis’, tuah kali ini berpihak Shaheizy Sam yang telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dan berjaya membawa pulang hadiah utama yang berupa sebuah Toyota Camry Hybrid.

Turut menggamit perhatian penonton malam itu adalah persembahan tribut buat Allahyarhamah Dato’ Sharifah Aini oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah serta persembahan tribut berkumpulan kepada Tan Sri SM Salim oleh Akim (Majistret), Hazama, Black dan Azlan (Typewriter). Pentas berprestij ABPBH malam itu juga mengalu-alukan persembahan bakat-bakat baru, Elizabeth Tan, Azmil Mentor Legend, dan Mark Adam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged 2015 Uji Kemampuan Vokal

Konsert PENTATONIX The On My Way Home Tour in Malaysia 2015