in

Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7

Pada jam 3 petang hari ini, satu sidang media mengumumkan senarai 20 orang nama bakal para pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 di Orchid Hall, Park Royal Hotel, Kuala Lumpur. Ironinya, apabila sessi pengenalan bakal para pelajar diumumkan lebih awal sebelum kita mengetahui siapakah pengetua AF7. Tapi yang sahihnya, pengetua kali ini adalah lelaki dan sudah pun sign up. Cuma siapakah pengetua yang masih menjadi tanda tanya.

Sebelum pengumuman tadi, bintang AF musim terdahulu iaitu Dafi, Farah, Marsha Milan Londoh dan Riz telah dijemput untuk mendendangkan lagu Seribu Impian sebagai pembukaan.

Persembahan hebat dari bintang AF.

Bakal pelajar terus masuk ke pentas untuk turut sama menyanyi dan seterusnya memperkenalkan diri.

Kira dahsyat gak, ada yang boleh menari breakdance.

Dengan menjanjikan elemen terbaru dan khabarnya AF kali ini akan menjalani revamp yang besar dari segi format di mana ada wajah baru, ada team produksi yang baru, tranformasi yang bakal diciptakan Budiey harap dapat memberi impak yang besar kepada industri seni. Juga apakah kesan maksima yang boleh disuntik kepada masyarakat.

Untuk musim ke-7 ini, seramai 9 ribu orang telah melalui sesi ujibakat di empat buah negeri. Dari jumlah itu, seramai 500 orang ditapis menjadikan 200 orang. Seterusnya setelah sampai 50 orang peserta, team produksi telah berdebat sakan dalam tempoh 5 minggu untuk memilih 20 orang pelajar terbaik.

Dari 20 calon itu, tapisan akan berlaku lagi. Keputusan mutlak siapakah pelajar AF7 bakal kita ketahui pada program Tirai Akademi Fantasia 7 iaitu Sabtu dan Ahad ini, 7 & 8 Mac 2009.

Daripada 20 calon itu, seorang peserta adalah artis rakaman iaitu Nas Adila manakala 2 lagi, Aril dan Abraham, adalah peserta program realiti TV OIAM. Abraham adalah Top 4 program One In A Million 2 dan Aril pula adalah pengacara dan peserta Gangstarz yang juga adik kepada penyanyi Izwan Pilus.

Selain Aril, ada 2 lagi calon mempunyai ikatan dengan artis Isma dan Lizda. Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail adalah kakak kepada penyanyi Tomok dan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2. Manakala, Lizda pula isteri kepada pelakon drama terkenal, Ezany.

Lagi satu, ramai betul nama-nama dari Sabah dan Sarawak. Huhu kaya-kaya…

Kalau dulu, kita ada pelajar yang berusia, kali ini kita pun ada yang berusia 40 tahun. Bukan perempuan tapi kali ini lelaki yang bernama Kelana. Katanya, Kelana dipilih atas alasan vokal yang mantap, bukan kerana usia.

Khairul Mizan Shagul: “Kesemua 20 calon pelajar itu dimestikan menyertai Minggu Orientasi & Kem Muzikal (MOKM) yang meliputi pelbagai kelas-kelas bimbingan dan ujian kelayakan seperti vokal (teknik), vokal (persembahan), tarian, lakonan dan pelbagai lagi selama 6 hari bermula 1 Mac hingga 6 Mac 2009. Hanya pelajar-pelajar yang memberikan persembahan terbaik keseluruhan sahaja akan diserapkan ke dalam AF7 dan keputusannya akan diumumkan dalam Tirai Akademi Fantasia 7 (Bahagian 1 & 2) pada 7 & 8 Mac ini, jam 9.00 malam di saluran rasmi, Astro Ria.”

Budiey nak ucapkan tahniah kepada nama-nama berikut:

Senarai 10 calon pelajar lelaki

1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 10 calon pelajar perempuan

1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

Antara gambar yang sempat diambil untuk tatapan korang:

Penyanyi Nas Adilla Binti Mohd Dan dari Johor Bahru 

Adik Izwan Pilus, Khairil Azam Bin Pilus, KL, pereka grafik. AFUNDI ARIL

Amim, nampak macam Haziq jek. Seorang pelajar dari JB

Faezah berbangsa Suluk dari Keningau Sabah.

Hafiz dari Kuching Sarawak, seorang pelajar.

Ini dia AB, muka dia memang familiar. Alahai, terlebih solek ni, guna tepung gomak ke? Sebijik macam Saiful. Karakter pun sama ke?

Ini dia Kelana, berusia 40 tahun dari Bintulu Sarawak. Kerja Operator Jentera.

Qhaud, dari Selangor. Kerja bisnesman.

Rini, dari Kajang Selangor dan kerja sebagai eksekutif perniagaan.

Sidi dari Ipoh Perak. Kerja sebagai ejen perkapalan.

Nas Adila masa nyanyi. Sedap gak suara dia. Tapi faktor X? Zero?

Yazid, dari JB dan kerja sebagai Juruteknik

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NTV7 Semarakkan Semangat Hijau – Ceriakan Bumi Kita

Trailer Filem Setem Lakonan Afdlin Shauki & Isma Yusoof