in , ,

Mendayu! Yuna Suntik Nafas Baru untuk BELLA CIAO Lagu Tema Drama MONEY HEIST

Kepada penonton dan peminat setia siri drama MONEY HEIST, sudah pasti anda sedia maklum dengan lagu berjudul Bella Ciao yang menjadi siulan peminat drama popular yang ditayangkan di Netflix ini.

Sering menjadi perhatian, penyanyi terkenal Yuna khabarnya memberi nafas baru terhadap lagu Bella Ciao dengan susunan muzik yang lebih lemah gemalai dan mendayu.

Lagu Bella Ciao yang menjadi runut bunyi siri popular Money Heist versi nyanyian Yuna, 34, mendapat pujian luar biasa daripada peminat tempatan siri berkenaan.

Difahamkan juga, lagu tersebut juga diiringi pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO)!

Lagu yang diadun cukup indah itu telah pun dimuat naik di Instagram rasmi platform penstriman Netflix Malaysia sempena musim baharu siri drama kegilaan dunia itu.

Meninjau ruangan komen, reaksi peminat nampaknya teruja dan memuji nyanyian Yuna di mana ada yang menganggap saduran lagu Bella Ciao versi Yuna lebih meremangkan bulu roma.

Justeru, versi baharu terbabit cukup berbeza disifatkan memberi angin baharu untuk lagu asalnya yang rancak.

Video terbabit juga berjaya mendapat lebih 495,000 tontonan, tanda suka lebih 29,500 dan 1,170 komen. Ia sekali gus membuktikan ramai menyukai versi berkenaan.

Siri Money Heist yang memasuki musim kelima sememangnya dinantikan ramai. 

Kisah mengenai rompakan besar-besaran di Sepanyol itu memberi impak tersendiri buat peminat di seluruh dunia.

Ia dibintangi Alvaro Morte, Ursula Corbero, Itziar Ituno, Miguel Herran, Jaime Lorente, Pedro Alonso, Esther Acebo, Alba Flores, Darko Peric dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semoga Kandungan Anak Soleh, Solehah, Doa Ebit Lew Ini Sahkan Intan Ladyana Hamil

Nabila Huda Terpaksa Beli Teleprompter untuk Studio Melodi di Rumah