in , ,

Semakin Diminati, Tiga Versi Video Lagu KENDATI Nyanyian Amylea Azizan Trending

Selepas dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu, lagu Kendati nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan terus meniti dibibir dan menjadi siulan pencinta muzik tanah air.

Lebih membanggakan Amylea apabila video lirik lagu yang menjadi lagu tema drama Takdir Yang Tertulis (TYT) yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini berada di kedudukan carta trending YouTube selama lebih tiga minggu. Video lirik itu juga berjaya mencecah 1 juta tontonan dalam tempoh tiga minggu.

Malah, siapa sangka lagu Kendati versi Piano Unplugged yang ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada 15 Februari lalu turut berada di carta trending.

Bukan dua, tapi tiga versi lagu Kendati berjaya mencuri perhatian termasuk yang terbaharu Kendati versi lelaki gitar akustik yang dinyanyikan oleh Rian Shain yang kini berada di kedudukan 35 carta trending YouTube sejak dimuat naik pada 19 Februari lalu.

https://youtu.be/Ft4VojlEiRs

Amylea berkata, kesemua versi yang trending itu membuatkan dirinya hilang kata-kata.

“Video lirik lagu ini selepas dua hari dilancarkan di saluran YouTube trending sampai tiga mingggu berturut-tutut walaupun kedudukan turun naik. Tapi, paling tinggi nombor sembilan dan ia satu pencapaian membanggakan buat saya. Mungkin orang lain sudah biasa, tapi bagi saya ia luar biasa.

“Apatah lagi, versi piano unplugged juga trending. Saya berasa lagi luar biasa sebab kebiasaannya versi ini seperti ‘cover version’. Jadi, tidaklah orang terlalu nak menonton video seperti ini. Untuk trending dalam masa sama, ia sangat magik. Saya berasa ini satu perkara yang Allah bagi cukup besar nikmatnya. Memang bersyukur sangat. Ini di luar jangkaan saya.

“Saya terdiam dan terduduk apabila lancarkan pula versi lelaki. Ketiga-tiga versi trending pada masa sama. Saya berasa kaku dan tak terkata. Ramai mesej sampai tidak tahu nak balas yang mana dulu. Malah, berasa seperti kena serangan panik pun ada sebab kaki dan tangan tiba-tiba rasa kebas. Rasa sangat tak percaya dan di luar jangkaan,” katanya.

https://youtu.be/utJanaISknA

Dalam masa sama, Amylea juga mengakui bangga dan gembira apabila lagu Kendati itu semakin diterima baik.

“Saya berasa lagu ini bukan seperti ‘cup of tea’ Malaysia atau cita rasa peminat Malaysia. Tak pernah pun saya menjangkakan sambutan begini. Selalunya orang tak berapa minat lagu sebegini. Jadi, saya bangga dan gembira peminat muzik Malaysia sudah mula beri peluang dan buka mata lagu berentak balada seperti ini. 

“Mereka sudah ‘masuk’ dan menjiwai muzik yang berbeza sikit walaupun dalam kategori balada. Sekali gus memberi lebih banyak warna dalam industri muzik tanah air dan memberi semangat.

“Bagi yang selalu menghasilkan lagu genre balada, ini juga memberi suntikan semangat untuk mereka mencuba bunyi balada yang lain sebab peminat kita sudah merima kepelbagaian muzik dalam sesebuah genre itu,” katanya.

Perkembangan lain, Amylea berkata dia kini dalam proses menghasilkan beberapa lagu penyanyi lain.

“Saya sekarang sibuk menyiapkan lagu untuk penyanyi lain pula. Jadi kena fokus dulu. Sejujurnya, saya teruja dengan semua lagu yang bakal dilancarkan nanti. Insya Allah, awal Mac ini sudah boleh dikongsikan beberapa lagu itu.

“Kalau yang terdekat lagu Kita Sama nyanyian Fatin Faishal. Secara peribadi saya jatuh cinta ‘gila-gila’ dengan lagu ini. Saya letakkan 100 peratus usaha dalam lagu ini. Sebab akhirnya dapat tunjukkan sisi berbeza saya sebagai komposer yang orang tak pernah tahu,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Airpods Max Hiasan | 23

Apple Menawarkan Pembaikan Percuma Kepada Pengguna Apple Watch

Amin Idris | 24

“Hati-Hati Dalam Menilai, Jangan Terus Hukum Murtad,” – Amin Idris Komen Isu Sajat Mahu Keluar Islam