in , ,

Apple Menawarkan Pembaikan Percuma Kepada Pengguna Apple Watch

Selepas menawarkan penggantian bateri percuma untuk model MacBook Pro 2016 dan 2017 bermula minggu lalu, Apple kini menawarkan pula pembaikan percuma kepada pengguna peranti jam pintar Apple Watch.

Tawaran pembaikan percuma ini ditawarkan secara khusus hanya kepada pengguna model Apple Watch Series 5 atau Apple Watch SE sahaja.

Ia berikutan Apple mendapati terdapat sebahagian kecil pengguna model Apple Watch itu yang menjalankan sistem operasi watchOS 7.2 atau 7.3 berdepan isu peranti tersebut tidak boleh dicaj selepas menetapkannya ke dalam mod Power Reserve.

Apple Watch SE

A very small number of customers with Apple Watch Series 5 or Apple Watch SE models running watchOS 7.2 or 7.3 have experienced an issue with their watch not charging after it enters Power Reserve.” Apple

Bagi menangani isu tersebut, Apple telah melepaskan kemas kini terbaru watchOS 7.3.1 kepada penggunanya.

Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna masih juga berdepan isu yang sama iaitu Apple Watch mereka tidak boleh dicaj dalam mod Power Reserve selepas watchOS dikemas kini, mereka boleh menghantarnya ke pusat servis sah Apple bagi mendapatkan pembaikan percuma dari Apple.

If your Apple Watch still won’t charge, contact Apple Support to set up a mail-in repair free of charge. Your watch will be examined before service to verify that it’s eligible for free repair.” Apple.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gerai Minuman Diserang, Shuk Sahar Terkejut Disindir Selepas Kehilangan Kerja

Semakin Diminati, Tiga Versi Video Lagu KENDATI Nyanyian Amylea Azizan Trending