in ,

Nabila Huda & Suami Jayakan SELERA ROMANTIS di Australia

Program terbaharu “Selera Romantis” yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) buat pertama kalinya menyatukan pelakon Nabila Huda dan suaminya, Izwan Johar sebagai hos program.

Menariknya program yang menemui penonton mulai 15 Ogos ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.30 tengah hari di TV1 ini menjalani penggambaran nun jauh di lokasi indah negara Australia. Sepanjang 13 episod bersiaran, pasangan suami isteri ini berkongsi pengembaraan mencabar mereka menggunakan karavan sambil menyediakan makanan menggunakan bahan bahan tempatan.

.

Izwan Johar dan Nabila Huda melawat ke beberapa tempat menarik di Brisbane, Australia seperti Street Beach dan Lone Pine Koala Sanctuary. Disamping itu mereka menyediakan makanan dengan memasak menggunakan bahan bahan tempatan. Pengembaraan dibuat dengan memandu karavan ke lokasi seterusnya.

Ketika tiba di Gold Coast (Australia), mereka membuat lawatan ke Surfers Paradise dan Sanctuary Cove. Di Surfers Paradise kelihatan ramai pengunjung di sana yang menikmati pantai yang indah serta tempat membeli belah. Sanctuary Cove pula merupakan tempat bot-bot berlabuh ataupun sebuah “marina.” Chef Kamarul dijemput untuk menyediakan juadah dan Grilled Salmon adalah resipi untuk kali ini.

Pengembaraan dan memasak diteruskan menuju ke Lemington (Australia). Dalam perjalanan menggunakan motor home mereka, Izwan dan Nabila berhenti di Logan Holmes dan menikmati aktiviti “hang gliding” dan melawat “Green Lane Cofee.” Seterusnya mereka ke Tamborine Mountain dimana Izwan dan Nabila melakukan aktiviti berjalan di Rainforest Skywalk. Perjalanan mereka berakhir di Lemington dan di Lemington, Izwan dan Nabila memasak dan bermalam di motor home mereka.

Izwan dan Nabila kemudiannya menuju ke bandar Linsmore dan apa yang menarik mengenai Linsmore adalah lukisan di dinding dengan nama “Back Alley Gallery.” Ia adalah projek dua orang penduduk remaja Linsmore bagi mencungkil bakat melukis. Diikuti episod Izwan dan Nabila membuat lawatan ke bandar Nimbin tidak jauh dari Linsmore. Bandar Nimbin adalah unik dengan tarikan masyarakat ala “Hippie” yang tiada banyak berbeza dengan tahun ’70an. Cara mereka berpakaian ala Hippie itu membawa pelawat kembali nostalgia dengan zaman itu. Nimbin juga mempunyai kilang lilin dan lilin dibuat dengan tangan dalam bermacam aneka warna dan bentuk.

Nabila Huda Di Australia

Selain itu, ketika Izwan dan Nabila masih di bandar Nimbin, mereka berkunjung ke pasar Nimbin untuk membeli bahan mentah untuk masakan. Terdapat banyak bahan-bahan di pasar termasuk sayur, ubi kentang dan sebagainya. Pengembaraan diteruskan selepas itu dengan memandu ke Byron Bay, sebuah bandar di tepi laut. Setiba di Byron Bay Izwan dan Nabila sama-sama menyediakan masakan pasta dan udang. Mereka kemudian melawat rumah api di sana yang di bina dalam tahun 1901. Pemandangan matahari terbenam dari rumah api tersebut menakjubkan.

Dalam episod berikutnya pasangan ini menikmati keindaham Byron Bay terutama di pantai Clarke’s yang dikunjungi ramat pelawat. Ada pengunjung yang tidur santai di pantai sambil aktiviti para gliding, berenang juga dapat dilihat. Nabila menyediakan lauk ikan siakap laut masak berlada. Pasangan ini menetap di Discovery Caravan Park di Byron Bay. Apa yang menarik di caravan park ini ialah ia di lengkapi taman tema air dan kanak-kanak riang bergembira di taman tema itu.

Selepas meluangkan masa di Byron Bay, Izwan dan Nabila bergerak ke Yamba, sebuah lokasi yang boleh dikatakan sebagai perkampungan nelayan. Di situ Izwan menikmati Oyster buat pertama kalinya. Izwan kemudian melawat pantai Yamba yang terdapat “Ocean Pool” sebuah kolam renang yang dipenuhi dengan air laut. Ocean pool ini dibina sebagai langkah keselamatan waktu berenang para pengunjung pantai dari ancaman ikan jerung yang banyak terdapat di pantai Yamba. Sementara itu, Nabila menyediakan masakan udang bawang putih bercampur herba.

Resipi sarapan merangkumi ayam bakar, telur scramble dan roti bakar dan juadah dinikmati di bandar Grafton. Sejurus kemudian Izwan dan Nabila menikmati keindahan taman Jacaranda yang dipenuhi pokok pokok Jacaranda yang mengeluarkan bunga berwarna ungu yang begitu indah. Di situ juga mereka berpeluang mengunjungi Pesta Jacaranda yang diadakan setiap tahun yang dipenuhi makanan dan hiburan.

Setelah memandu dari Grafton, Izwan dan Nabila tiba di Coffs Harbour, sebuah lagi bandar di tepi laut dan Coffs Harbour terkenal dengan makanan laut yang segar dan taman Blueberry. Lawatan pertama adalah di jeti Coffs Harbour dan dari situ Izwan dan Nabila bergerak ke kedai makanan laut Premium dan membeli makanan laut yang telah dimasak sambil menikmati juadah itu di Marina. Di taman Marine Magic, Izwan dan Nabila berpeluang memberi makan pada Penguin dan menikmati persembahan ikan Lumba Lumba. Juadah petang disediakan dengan resipi Lempeng Pisang dan Coklat.

Izwan dan Nabila berada di Coffs Harbour dan di Coffs Harbour mereka melawat taman tema yang unik dinamakan “Big Banana Theme Park.” Taman tema ini adalah sebenarnya taman tema air dan snek lazat di sini adalah pisang yang disalut coklat. Setelah melawat taman tema, Izwan dan Nabila bergerak ke lokasi lain dan mereka menaiki Toboggan dan kemudian skating ais. Untuk juadah, Nabila menyediakan sup cendawan dan roti bakar.

Dari Coffs Harbour, Izwan dan Nabila tiba di bandar Port Macquarie yang terletak ditepi laut. Di sini, mereka melawat pantai yang dipenuhi batu batu besar yang dilukis bernama “Breakwall Rock Painting.” Dipantai ini juga kelihatan aktiviti memancing dan surfing. Setelah itu Izwan dan Nabila melawat tempat dimana tiram dibela dan diproses. Nabila menyediakan “Pasta Seafood Carbonara.”

Dalam episod akhir ini, Izwan dan Nabila tiba ke bandaraya Sydney lalu melawat dan menjamu selera dengan makanan laut di pasar ikan Sydney. Juadah termasuk scallop, lobster dan ketam. Lokasi akhir penggambaran terletak di pantai Bondi Beach yang mashyur dimanan Izwan dan Nabila berkelah dipantai dengan juadah salad.

.

Nabila Huda Di Australia

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

.

.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travelog Bermotorsikal Cari Makanan Terbaik dalam MENU RONDA-RONDA

Meriah Sungguh Karnival Jom Heboh Dataran MITC Melaka