in

Travelog Bermotorsikal Cari Makanan Terbaik dalam MENU RONDA-RONDA

MENU RONDA-RONDA membawa anda mengembara ke 13 lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dalam misi mencari makanan terbaik dan resipi masakan sihat.

13 episod program travelog yang disiarkan mulai 17 Ogos ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 12.30 tengah hari menerusi saluran TV1 ini membawa anda meronda dan memberi informasi yang padat mengenai makanan dan tempat penginapan. Program ini memfokuskan kepada kembara makanan unik dari pelbagai kaum di Malaysia.

Cef Firdaus Hanan...hos Menu Ronda-Ronda di TV1

Menariknya ia juga turut memberikan informasi lokasi, harga dan juga cara pembuatannya selain diselitkan dengan ‘makanan di tepi jalan’ dan memasak satu menu sihat serta berkongsi beberapa tip-tip ringkas berkaitan penjagaan motorsikal.

Dalam episod pengenalannya hos Cef Firdaus Hanan meronda ke Bukit Ampang dan Ulu Langat di Selangor untuk memperkenalkan beberapa makanan, masakan, restoran, tempat peranginan dan penginapan seperti burger, ‘char kuey tiaw’, ‘yong tau foo’ juga makanan bercorak Minangkabau, Jawa, Jambi dan Mendailing. Bersarapan pagi di Cafe Bahulu Classiq, di Kampung Jawa, Hulu Langat dengan menu-menu nasi lemak, lontong, mi kari, mi rebus, laksa, soto, mi jawa, bubur, teh dangdut dan bahulu. Nikmati buah kedondong dan air kelapa serta belajar memanah di Sabiqa “Achery Range’. Pada tengah hari menikmati Ayam Kampung di Restoran Lah Ayam Kampung. Waktu petang hos meronda ke Agrotek Garden Resort, di Kolam Air Panas, Batu 16, Dusun Tua, Selangor yang menyediakan perkhidmatan penginapan, makanan Thai dan Barat, aktiviti membina semangat. Akhirnya hos Cef Firdaus memasak satu menu yang istimewa iaitu ‘ayam kung pao’ juga berkongsi informasi ‘travel tips’ tentang bateri motosikal.

Seterusnya Cef Firdaus Hanan meronda ke Bukit Jelutong di Selangor menikmati sarapan pagi di Misi Cafe mengandungi nasi lemak, bubur tio ciu, english breakfast dan 3 jenis air iaitu oreo ice blended, daiber jus dan kedondong asam boi. Makan tengah hari di Restoran Sombrero dengan masakan Mexico iaitu nanchos chips, enchiladas, sizzling fajitas, seafood mexican style, nasi ayam chipotle, lone star burger dan pencuci mulut churros. Minum Petang di Mr. Chapati dengan hidangan roti naan cheese special, roti naan biasa, ayam tandori dan roti chapati. Bagi makanan di tepi jalan, hos dapat menikmati tau fu fa, pau goreng dan apam balik. Cef memasak satu menu sihat iaitu ‘spaghetti cili tuna’. Akhirnya hos berkongsi informasi ‘travel tips’ tentang tekanan tayar motosikal.

Lokasi berikutnya meronda ke Klang di Selangor untuk sarapan pagi di Restoran Nasi Ayam Belanda mencuba nasi kerabu, nasi kak wok, cholek, ayam madu bakar, nasi berlauk ayam, nasi berlauk ikan dan nasi dagang. Makan tengah hari di Restoran “Nasi Padang Kampungku” khas dengan hidangan ayam asam pedas, gulai ayam kampung, rendang daging padang, rendang limpa, perut muda masak lemak, nangka masak lemak, daging salai masak lemak, daging dendeng sambal merah dan ayam kampung goreng. Minum petang di Warung Kg. Sg. Pinang, Klang dengan masakan bee hun sup tulang, nasi telur berlada, lempeng, kuih-muih, roti tisu, sagu gula melaka dan 3 jenis air adalah ais blended strawberry, ais blended mangga dan ais blended coklat. Bagi makanan di tepi jalan, hos dapat menikmati karipap king kong berisi ayam atau daging serta pau. • Cef hos memasak satu menu sihat iaitu ‘scissors salad’. Akhirnya hos berkongsi informasi ‘travel tips’ tentang tayar bertiub dan tayar tanpa tiub bagi motosikal.

Cef Firdaus Hanan meneruskan rondaan ke Rawang, Selangor untuk memperkenalkan beberapa makanan, masakan dan restoran seperti sarapan pagi di Cafe Kotakotakopi O mengandungi mee kari, mee goreng ayam portugis, kopi dangdut, nasi lemak & ikan pari masak portugis, roti bakar dan tauhu bakar. Makan tengah hari di Restoran Mohd Chan dengan hidangan Cina iaitu ikan stim taucu, butter prawn, ketam telur masin, seafood bonanza dan yam ring. Minum petang di Warung Ana Sup Utara dengan masakan set sup nasi, cendol blender, bee hun sup utara, laksa utara dan mee kicap ipoh. Bagi makanan di tepi jalan, hos dapat menikmati kelopok lekor, kuih tart dan kuih cok. cef hos memasak satu menu sihat iaitu ‘wrap daging pedas’. Akhirnya hos berkongsi informasi ‘travel tips’ tentang karburetor motosikal.

Salah satu episod Menu Ronda-Ronda

Dalam episod di Seri Kembangan, Selangor memperkenalkan beberapa makanan, masakan dan restoran seperti sarapan pagi di Restoran Singgang Warisan mengandungi masakan Terengganu seperti pulut nyior, laksam, nasi dagang, nasi kerabu dan nasi minyak. Makan tengah hari di Restoran Wawasan Selera dengan hidangan ayam penyet, siput sedut masak lemak cili padi, rendang daging, kerabu mangga dan kerepek kentang sira. Minum petang di Restoran Gulai Kawah dengan masakan nasi goreng special, gulai kawah, butter prawn, tomyam campur, sup gear box, martabak, roti sardin, bakso, roti tisu dan laicikang. Bagi makanan di tepi jalan, hos dapat menikmati jagung cup dan putu piring. Cef hos memasak satu menu sihat iaitu ‘salad mee soba’. Akhirnya hos berkongsi informasi ‘travel tips’ tentang minyak 4T untuk motosikal.

Dalam episod akhir Cef Firdaus Hanan meronda ke Sungai Besar di Selangor untuk memperkenalkan beberapa makanan dan masakan Restoran Kuala Kerau seperti cucur udang, mee kari dan punten. Makan tengah hari di Restoran Selera Rimba dengan hidangan rendang ayam kampung, burung puyuh masak sesangat, ikan sepat masak kencur, ikan baung masak lemak cili padi dan rendang landak. Minum petang di Restoran Cendol Atuk dengan masakan mee ketam, mee udasng, set talam bajet, hailam bread, meatball lava, kambing bakar, abc mix lava, cendol oreo aiskrim, cendol jagung dan pulut, cendol tapai dan air laici spark. Bagi makanan di tepi jalan, hos dapat menikmati takoyaki ayam dan mentarang bakar. Akhirnya hos berkongsi informasi ‘travel tips’ tentang “belting” motosikal.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

San Francisco Coffee Tampil Dengan Wajah Baru Dengan Nama SF Coffee

Nabila Huda & Suami Jayakan SELERA ROMANTIS di Australia