in , ,

Selepas Single PERMAINANMU, Ijam Majid Hadir Dengan Single Terbaru Berjudul DUA INSAN

Selepas kejayaan single PERMAINANMU yang dikeluarkan pada tahun lepas dan mendapat sambutan di radio Indonesia dan Malaysia, kini Ijam Majid melancarkan single terbaru bertajuk DUA INSAN pada 21 Mac 2021 di bawah label Fusion Records.

Ini diikuti dengan muzik video yang juga dilancarkan pada tarikh yang sama.
Menurut penyanyi Ijam Majid, kisah di sebalik lagu DUA INSAN ini adalah mengenai kekasih yang bercinta dengan rakan karib pasanganya tanpa pengetahuannya.

Lirik dan lagu Dua Insan dicipta sepenuhnya oleh komposer baru iaitu Mr Lycon.
Bermula karier seorang pelakon pada 2007, Ijam Majid mula memberi tumpuan dalam bidang
nyanyian bermula pada tahun 2016 dengan single pertama bertajuk PEJUANG CINTA.
Selepas itu nama Ijam Majid mula meniti naik apabila single kedua beliau bertajuk PERMAINAMU mendapat sambutan di Indonesia dan Malaysia.

IJAM MAJID

Dan lagu PERMAINANMU juga mendapat tempat dibeberapa buah station radio di Indonesia.
Seperti artis lain yang berusaha keras pada masa yang sukar ini, Ijam Majid juga
terus berfikiran positif untuk terus menyanyi. Tetapi sehingga pandemik ini selesai,
Ijam Majid akan terus berharap agar dapat kembali membuat persembahan secara langsung
di masa akan datang.

Dua Insan adalah sebuah hadiah yang istimewa buat semua peminat setia Ijam Majid dan berharap lagu Dua Insan dapat memenangi hati para pendengar semua.

IJAM MAJID

Lagu Dua Insan juga boleh di dengar di semua digital platform antaranya Spotity, Joox, KKbox, Deezer, YouTube dan juga di iTunes.

Untuk lebih mengetahui tentang Ijam Majid, ikuti:
YouTube Ijam Majid Channel

Facebook Ijam Majid

● Instagram : www.instagram.com/ijammajid_official

Twitter : https://twitter.com/_ijammajid?s=08

#ijammajid #empireijammajid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Nikah Neelofa & PU Riz, Polis Tidak Ada Pilih Bulu, Tindakan Sewajarnya Akan Diambil

Neelofa Antara Penerima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith