in , ,

Ijam Majid Lancar Single TAK MUNGKIN KEMBALI Ciptaan Mr Lycon

Ijam Majid melancarkan single terbaru beliau berjudul TAK MUNGKIN KEMBALI pada 10 Jun 2022. Ini diikuti dengan video muzik yang juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama.

Menurut penyanyi Ijam Majid, kisah di sebalik lagu TAK MUNGKIN KEMBALI ini adalah mengenai pasangan yang bercinta dengan teman karibnya tanpa pengetahuannya. Menyedari pasangan dan teman karibnya bercinta dibelakangnya membuatkan kekasih tersebut tidak ingin kembali berhubung kepada mereka. 

Lirik dan lagu TAK MUNGKIN KEMBALI dicipta sepenuhnya oleh komposer Mr Lycon. Seperti artis lain yang berusaha keras pada masa yang sukar ini, Ijam Majid juga terus berfikiran positif untuk terus menyanyi, dan akan terus berharap agar dapat kembali membuat persembahan secara langsung di masa akan datang.

Tak Mungkin Kembali Ijam Majid

TAK MUNGKIN KEMBALI adalah sebuah hadiah yang istimewa buat semua peminat setia Ijam Majid dan berharap TAK MUNGKIN KEMBALI dapat memenangi hati para pendengar baru. Ijam Majid juga berharap jika ada penganjur yang akan memberi ruang dan peluang untuk beliau. 

Ijam Majid memulakan karier seni pada tahun 2007 sebagai sebagai seorang pelakon.
Mula mencuri perhatian di dalam sebuah drama di stesen TV swasta yang bertajuk Tower13 yang disiarkan pada 2009. Selepas itu Ijam Majid terus diberikan peluang berlakon di beberapa buahdramaTV antaranyaJuvana,LaraHati,Soffiyadanlain-lain.Kemudianpadatahun2013 Ijam Majid berehat seketika dalam bidang seni kerana memberi tumpuan dalam perniagaan ayahnya. Pada 2016 Ijam Majid kembali semula dalam dunia hiburan Malaysia tetapi dalam bidang nyanyian.

Tak Mungkin Kembali Ijam Majid

Pada 2019 Ijam Majid mengeluarkan single pertama beliau bertajuk PEJUANG CINTA yang berkonsepkan rock ciptaan sepenuhnya oleh Zaza Zack. Pada tahun 2020 Ijam Majid mengeluarkan single kedua bertajuk PERMAINANMU.

Lagu ini mendapat tempat di beberapa stesten radio di Indonesia dan pernah menjuarai carta radio streaming 5 minggu berturut2. Lagu Permainanmu juga mendapat penghargaan sebagai lagu Pop Most Request On Air Terfavourit di Raka Music Award 2021 dan juga sering diputarkan di radio melayu melbourne Australia.

Pada 2021 Ijam Majid mengeluarkan 2 single beliau bertajuk DUA INSAN dan lagu patriotik sempena kemerdekaan Malaysia bertajuk NAGAKU WARA WARA NIA dan lagu DUA INSAN mendapat putaran serentak di seluruh radio2 indonesia. 

Tak Mungkin Kembali Ijam Majid

Lagu TAK MUNGKIN KEMBALI juga boleh di dengar di semua digital platform antaranya Spotity, Joox, KKbox,, Deezer, YouTube dan juga di iTunes. 

Untuk lebih mengetahui tentang Ijam Majid, ikuti:
● YouTube : www.youtube.com/ijam official video
● Facebook : www.facebook.com/ijam majid
● Instagram : www.instagram.com/ijammajid_official #ijammajid #empireijammajid 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem 7 MINGGU SEBELUM KAHWIN Lakonan Nora Danish & MK

Pencarian Bakat Nyanyian Di Sri Pentas TV3, Pada Hari Sabtu & Ahad Ini