in , ,

Ijam Majid Lancar Single Terbaharu Berjudul NAGAKU WARA WARA NIA

Tahniah buat penyanyi Ijam Majid yang melancarkan single terbaru beliau berjudul NAGAKU WARA WARA NIA pada 27 Ogos 2021 di semua saluran digital platform. Semoga terus sukses!

Walaupun dunia muzik tempatan dilihat agak suram gara-gara dunia berdepan dengan pandemik Covid-19, namun penyanyi Ijam Majid tetap mahu menunaikan hasratnya untuk melancarkan single terbaharu berjudul NAGAKU WARA WARA NIA. 

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Hans & Dika ini mengisahkan tentang perpaduan, keunikan, kebudayaan dan kemajuan di Malaysia. 

NAGAKU WARA WARA NIA bermaksud Negaraku Warna Warna Dunia. Sesuai dengan peredaran masa, Malaysia kini sudah mewarnai seluruh dunia tidak kira dari segi sukan, pendidikan, pelancongan, ekonomi dan lain- lain, kini Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain. 

Ijam Majid Lancar Single Terbaharu Berjudul NAGAKU WARA WARA NIA

Masih mencari tapak yang lebih kukuh dalam dunia hiburan, Ijam Majid menghargai sokongan dan berterima kasih buat semua pendengar. Beliau terharu dengan penerimaan pendengar muzik yang begitu positif terhadap karyanya sebelum ini iaitu PERMAINANMU dan DUNIA INSAN. 

Bersempena dangan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan tiba tidak lama lagi, Ijam Majid mengeluarkan lagu berkonsepkan progresif rock istimewa untuk rakyat Malaysia.

Dengan lagu ini Ijam Majid berharap semua rakyat Malaysia bersatu padu membina semangat untuk Malaysia dan merasa bangga menjadi anak Malaysia. 

Sebuah lirik video juga akan dilancarkan pada 29 Ogos 2021 di saluran YouTube dari Fusion Records.

Lagu NAGAKU WARA WARA NIA juga boleh di dengar di semua digital platform antaranya Spotify Joox, KKbox, Deezer, YouTube dan juga di iTunes.

Selain bergelar penyanyi, Ijam telah terlebih dahulu melibatkan diri dalam dunia lakonan semenjak tahun 2007 sehingga 2013. Antara drama-drama lakonan Ijam ialah Kekasihku Seru, Tower 13, Juvana, Soffiya, Gemilang, Ujang & Acha, Lara Hati dan banyak lagi.

Selepas tahun 2013, Ijam menumpukan fokus terhadap perniagaan keluarga dan mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian bermula empat tahun lepas.

Untuk lebih mengetahui tentang Ijam Majid, ikuti: 

YouTube : www.youtube.com/ijam official video

Facebook : www.facebook.com/ijam majid

Instagram : www.instagram.com/ijammajid_official

Twitter : _ijammajid

TikTok : IjamMajid 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nikmati Pengalaman Atas Talian Airbnb Hanya Dengan RM1 Sempena Merdeka Ini

Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Meninggal Dunia Setelah 45 Hari Ditidurkan