in ,

Neelofa Antara Penerima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

Tahniah buat Neelofa

Terpalit dengan kontroversi, nama Neelofa kini menjadi sebutan para netizen. Walaupun begitu, Neelofa telah menerima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencerdaripada kerajaan negeri Kelantan.

Difahamkan, Neelofa merupakan salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah itu sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di Kota Darulnaim semalam.

Akan tetapi, majlis tersebut tidak dihadiri Neelofa kerana beliau berada di Langkawi atas urusan perniagaan selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

HSK adalah program tahunan yang diperkenalkan kerajaan negeri Kelantan bagi merai, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan di Kelantan dan dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ijam Majid | 18

Selepas Single PERMAINANMU, Ijam Majid Hadir Dengan Single Terbaru Berjudul DUA INSAN

Redza Rosli | 19

Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU & COVID OH COVID di TV3