in , ,

Pernah Popular Dengan CINTA TERAKHIR, Aiman Sidek Lancar CINTA SEJATI 

Hasil karya terbaru Aiman Sidek bertajuk Cinta Sejati telah dilancarkan di Youtube 4U Entertainment dan platform-platform digital pada 1 April yang lalu.

Lagu Cinta Sejati merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang pernah membawakan single Cinta Terakhir yang telah berjaya meraih lebih 10 juta tontonan di Youtube sejak lebih sedekad yang lalu. 

Diterbitkan oleh 4U Entertainment, Cinta Sejati dirakamkan secara duet bersama adik kandungnya sendiri, Alin Sidek, seorang pensyarah sambilan yang membuat penampilan sulung dalam industri muzik bersama lagu ini.

Pernah Popular Dengan Lagu Cinta Terakhir, Aiman Sidek Lancar Single Cinta Sejati

Menurut Aiman, Cinta Sejati mengisahkan tentang cabaran dan dugaan dalam mencari erti cinta sebenar yang tidak dapat ditukar ganti. 

Rata-rata pendengar memberikan maklumbalas yang positif dan teruja dengan lagu yang dikatakan mempunyai vibe dan feel lagu-lagu hits dari seberang persis karya-karya nukilan dan nyanyian artis-artis hebat Indonesia seperti Melly Goeslaw, Irwansyah, Ari Lasso dan lain-lain.

Sejak dilancarkan pada 1hb April yang lalu, jumlah tontonan di channel Youtube 4U Entertainment dan Aiman Sidek-Topic telah mencecah lebih 100,000 tontonan, dan telah tersenarai dalam carta trending di Youtube di tangga ke-10

Lagu Cinta Sejati juga telah mendapatkan ribuan perkongsian di TikTok dengan jumlah tontonan lebih 10 juta sebelum ianya dilancarkan pada 1 April yang lalu, selain perkongsian yang aktif di platform-platform media sosial yang lain seperti Instagram, Facebook dan WhatsApp.

Pernah Popular Dengan Lagu Cinta Terakhir, Aiman Sidek Lancar Single Cinta Sejati

Lagu ini juga bakal menjadi OST telefilem Itulah Takdirnya yang akan bersiaran dalam masa terdekat serta telah mendapat perhatian beberapa drama dan telefilem lain yang masih dalam perbincangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Habib | 18

Habib Kembalikan Nostalgia Sambutan Aidilfitri Di Kampung Halaman

Fesyen Travel Trending | 19

Jom Santai Bersama Bazaar Ramadhan with EdgeWood Residences