in , ,

Selepas Bedah Potong Usus, Wani Comel Menderita Diperdaya Usahawan Kosmetik Terkenal

Gadis yang pernah tular akibat mempunyai masalah berat badan, Wani Comel mendakwa dirinya telah dianiayai dan dipergunakan oleh seorang usahawan kosmetik terkenal.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira menuntut pampasan ratusan ribu ringgit, upah sebagai duta dan beberapa perjanjian lain daripada usahawan tersebut.

Gadis berusia 23 tahun mendakwa, kontrak sebagai duta produk kurus yang ditandatangani pada September tahun lalu hanya memberi keuntungan kepada syarikat usahawan berkenaan sahaja.

Selepas Bedah Potong Usus, Wani Comel Dakwa Diperguna Usahawan Kosmetik

“Janji  jaga kebajikan saya, keluarga saya. Mereka cakap boleh tanggung saya buat pembedahan potong usus (bariatrik), saya setuju. Awalnya saya tidak setuju tapi mereka cakap boleh jamin saya boleh senang.

“Perjanjian yang diberi akan tolong saya, keluarga saya dan tolong saya sampai berjaya. Kata nak bagi rumah, bagi kereta menyara hidup saya dan keluarga,” 

– Wani Comel

Wani berkata, kontrak berkenaan dibuat selepas menjalani pembedahan tanpa memberi penjelasan terperinci mengenai keuntungan sebagai duta produk pelangsingan badan.

Dia juga mendakwa bayaran diterima tidak setimpal seperti yang dijanjikan iaitu RM3,500 sebaliknya hanya mendapat kurang RM1,000 setelah mempromosikan produk tersebut.

Selepas Bedah Potong Usus, Wani Comel Dakwa Diperguna Usahawan Kosmetik

Oleh kerana tidak mendapat rawatan susulan dan diabaikan oleh usahawan terbabit, gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu menghadapi masalah sakit perut ketika makan akibat kesan daripada pembedahan.

Malah, Wani juga mendakwa pernah digertak oleh kakitangan usahawan tersebut apabila mengetahui dia mendapat sumbangan daripada sukarelawan selepas mendedahkan perkara sebenar.

Selepas Bedah Potong Usus, Wani Comel Dakwa Diperguna Usahawan Kosmetik

“Tunaikanlah apa yang dijanjikan, saya pun manusia. Saya bukan binatang, bukan. Saya bukan anak lembu bukan anak kucing,” 

– Wani Comel

Peguam yang mewakilinya Haziq Aizuddin Subhi berkata, beliau telah menghantar surat tuntutan kepada usahawan berkenaan dengan diberi masa tujuh hari bagi menyelesaikan isu ini.


Diarah ‘Potong Usus’ Agar Ubat Langsing Terjual… Wani Comel Tanggung Derita Diperdaya Usahawan Kosmetik Terkenal

SEORANG gadis yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram berharap masalahnya itu selesai selepas menjadi duta produk ubat kurus usahawan kosmetik terkenal namun hampa belaka.

Justeru, gadis malang itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, terpaksa bertindak menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan.

Diarah ‘Potong Usus’ Agar Ubat Langsing Terjual... Wani Comel Tanggung Derita Diperdaya Usahawan Kosmetik Terkenal
Wani berasa sebak mendedahkan penganiayaan dan pelanggaran kontrak seorang jutawan kosmetik popular terhadap dirinya.

Menceritakan lebih terperinci, Wani berkata pada Ogos tahun lalu dia usahawan berkenaan tampil menawarkan pembiayaan bagi menjalani pembedahan bariatrik (potong usus) serta mengikatnya sebagai duta produk pelansingan badan.

“Selepas menjalani pembedahan di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2019, saya telah didatangi wakil usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak.

“Saya tidak diberitahu dengan jelas tentang kandungan kontrak tersebut,”

– Wani Comel
Diarah ‘Potong Usus’ Agar Ubat Langsing Terjual... Wani Comel Tanggung Derita Diperdaya Usahawan Kosmetik Terkenal
Wani (kanan) bersama peguamnya Haziq Aizuddin Subhi (tengah), Muhammad Shah, dan wakil NGO menunjukkan laporan polis bersama kontrak perjanjian.

Akui Wani dia menyedari kesilapannya menandatangani kontrak berkenaan tanpa mengetahui kandungannya.

Namun janji tinggal janji, apabila selepas pembedahan segala urusan pemeriksaan susulan dilakukan sendiri tanpa bantuan usahawan berkenaan.

Malah ujarnya semua rekod kesihatan disimpan oleh usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui status dan tindakan lanjut berkaitan kesihatannya.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan tersebut berjanji akan membantu saya daripada segi rumah, kereta dan belanja harian.

“Namun saya tidak menerima sebarang bantuan seperti yang dijanjikan.

“Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima bayaran kurang daripada RM1,000 selepas menghasilkan content tentang produk pelangsingan badan,”

– – Wani Comel
Diarah ‘Potong Usus’ Agar Ubat Langsing Terjual... Wani Comel Tanggung Derita Diperdaya Usahawan Kosmetik Terkenal
Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata. – WANI COMEL

Dalam pada itu, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas diugut wakil usahawan tersebut.

“Saya dimarahi hanya kerana menerima bantuan daripada pihak lain. Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikecam dan dicaci netizen dengan tuduhan tidak berasas.

“Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,”

– Wani Comel

Sementara itu, peguam yang mewakili Wani iaitu Haziq Aizuddin Subhi menyatakan pihaknya telah meneliti kandungan kontrak perjanjian tersebut dan mendapati ia hanya memberi kelebihan kepada pihak syarikat pengeluar produk itu sahaja.

“Kita sudah menyerahkan surat tuntutan kepada pihak usahawan kosmetik itu untuk menyelesaikan segala tuntutan yang dibuat dalam masa tujuh hari menerusi perbincangan kedua-dua pihak.

“Sekiranya tiada sebarang respons, kami tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah sebagai jalan terakhir,” katanya.

– Wani Comel

*Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira | 19

Lebih Dua Dekad Bersiaran, GERAK KHAS THE FINALE Ada Sebab Ditayangkan di TV3

Noraniza Idris 2020 | 20

Persembahan di GV Sering Dikritik Pedas, Noraniza Idris Ajak Michael Ang Jumpa