in ,

Lebih Dua Dekad Bersiaran, GERAK KHAS THE FINALE Ada Sebab Ditayangkan di TV3

Pastikan anda semua terus menonton drama bersiri ini pada setiap Jumaat dan Sabtu pada pukul 10.30 malam sehingga ke episod akhir iaitu episod ke-28 untuk menyaksikan penyudahan Gerak Khas The Finale ini hanya di TV3.

Drama bersiri Gerak Khas yang mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran” akan meneruskan kisah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tugasan harian mereka dalam membanteras jenayah yang berlaku di Malaysia. 

Gerak Khas The Finale yang mengandungi 28 episod ini disiarkan pada setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 10.30 malam bermula 4 Disember lalu. Lebih menarik drama bersiri yang penuh dengan aksi, suspen, thriller dan misteri ini diarahkan oleh beberapa pengarah berpengalaman seperti Faizal Yusof, C. Kumaresan, Aziz M. Osman, M S Hakimi dan Iskandar Kamaludin. 

Gerak Khas The Finale

Menurut Penerbit Gerak Khas The Finale, Datuk Yusof Haslam, “Saya amat terharu apabila Gerak Khas sudah berada di penghujung sirinya. Lebih dua dekad Gerak Khas untuk penonton menghargai jasa PDRM membanteras jenayah di negara kita. Selama tempoh itu juga, Skop Production Sdn Bhd menjalinkan kerjasama yang jitu dengan PDRM. Secara peribadi, saya berharap silaturahim ini akan berkekalan walaupun setelah Gerak Khas The Finale tamat. Siri Gerak Khas ini sudah pun berjaya mewujudkan komuniti peminatnya yang tersendiri dan ini terbukti apabila episod pertama Gerak Khas The Finale yang bersiaran pada hari Jumaat lalu, tular (trending) di Twitter.  Mereka telah buktikan juga bahawa mereka akan tetap mengikuti siri Gerak Khas ini tidak kira di mana jua kami bersiaran. Oleh itu, bagi pihak Skop Production, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada para peminat atas sokongan yang tidak pernah putus itu.”

Episod permulaan yang tular di laman twitter baru-baru ini telah ditayangkan pada 4 dan 5 Disember. Episod ini mengisahkan kejayaan Unit Gerak Khas menyelesaikan kes samun di mesin ATM dan membersihkan nama Inspektor Izzat (Izzat Mushtaq) yang dituduh menembak orang awam. Unit Gerak Khas ini dianggotai oleh SAC Datuk Helmi (Datuk Yusof Haslam) selaku ketua unit gerak khas bersama pegawai-pegawai berkaliber beliau iaitu ACP. Haris (Norman Hakim), DSP. Kumar (C. Kumaresan), DSP.  Aleza (Abby Abadi), ASP. Jeslina (Erra Fazira), ASP. Salina (Salina Saibi), Inspektor Daniel (Ungku Ismail), Inspektor Sheera (Sheera Iskandar) dan ramai lagi. Lakonan yang dijiwai oleh mereka cukup membuktikan integriti pihak polis dalam menangani kes-kes jenayah.

Setiap episod Gerak Khas The Finale mempunyai misi dan debaran berbeza yang melibatkan kes-kes jenayah seperti rompakan, pembunuhan, pengubahan wang haram, sindiket penipuan wang (money scam), konflik keluarga, kisah kecurian kenderaan, penyeludupan barang-barang dan sebagainya. 

SAC Datuk Helmi amat bertuah kerana mempunyai pegawai-pegawai yang berdedikasi serta bertanggung jawab. Walaupun hari persaraan beliau semakin hampir, beliau tetap mengambil berat tentang tugasan harian, terutamanya pasukan beliau. Adakah beliau bersedia untuk hari persaraan beliau? Bagaimana pula dengan penerimaan pasukan Unit Gerak Khas yang pastinya akan merasa kehilangan ketua yang mereka hormati? 

Pastikan anda semua terus menonton drama bersiri ini pada setiap Jumaat dan Sabtu pada pukul 10.30 malam sehingga ke episod akhir iaitu episod ke-28 untuk menyaksikan penyudahan Gerak Khas The Finale ini hanya di TV3.

Untuk maklumat lanjut mengenai drama terkini TV3 sila layari xtra.com.my serta laman media sosial Instagram, Twitter dan Facebook TV3 Malaysia dan Drama Sangat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selain TMJ, Yuna Adalah Yang Pertama Mendapat Set PlayStation 5 Rasmi Malaysia

Selepas Bedah Potong Usus, Wani Comel Menderita Diperdaya Usahawan Kosmetik Terkenal