in , ,

Selepas Beberapa Ahli Undur Diri, Ini Wajah Baru Akim & The Majistret

Nama kumpulan Akim & The Majistret (ATM) tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja popular, malah kumpulan yang ditubuhkan pada 2014 itu menjadi antara band anak muda yang mampu mengekalkan kedudukan terbaik mereka.

Deretan anugerah yang dimenangi ATM sepanjang pembabitan dalam bidang muzik tempatan membuktikan mereka berada di kelas tersendiri. Lupakan seketika kisah pengunduran beberapa anggota ATM beberapa bulan lalu, kini kumpulan yang diketuai Akim Ahmad selaku vokalis tampil dengan lima anggota sekali gus dianggap wajah baru ATM.

Empat anggota lain terdiri daripada Freddy (gitar), Fairuz (bass), Faiz (gitar) dan Safwan (drum).

Akim & The Majistret

Menurut Akim, dia mengharapkan anggota yang masih tinggal ini akan terus berjuang bersama ATM sekali gus mencipta magis baru menerusi projek yang dirancang tahun hadapan.

“Saya bersyukur dengan ‘line up’ ATM sekarang. Kami mengharapkan satu perubahan dan revolusi dalam muzik kami. 

“Dalam masa sama, saya juga mengharapkan sesuatu benda baru yang akan dibuat dan dirancang tahun hadapan. 

“Apa yang penting, kami sedang merangka projek iaitu single terbaru. Harapnya peminat boleh tunggu buah tangan terbaru kami ini,”

– Akim & The Majistret

Akim berkata, selain single baru, ATM juga dalam perancangan menyiapkan album studio kedua.

“Selain single, kami juga dalam perancangan menyiapkan album ATM. Tajuk album masih dalam perbincangan begitu juga lagu yang akan dimuatkan.

“Apa boleh dikatakan, album ini sangat istimewa dengan beberapa sentuhan baru daripada kami tapi masih memgekalkan ciri ATM,”

– Akim & The Majistret

Perkembangan lain, ATM baru muncul dengan single Yang Satu yang turut menjadi lagu tema drama Demi Rindumu.

Selain itu, ATM juga sekali lagi tersenarai ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34 menerusi lagu Rampas yang bertanding pada minggu kedua, 22 November ini.

Akim & The Majistret

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria Kukuhkan Kedudukan Sebagai Salah Satu Stesen Radio Pilihan Ramai

Betul Ke Iza’an Tumpang Populariti Khai Bahar