in , ,

Suria Kukuhkan Kedudukan Sebagai Salah Satu Stesen Radio Pilihan Ramai

Terima Kasih! Suria Kukuhkan Kedudukan Sebagai Salah Satu Stesen Radio Pilihan Ramai

Stesen radio Suria FM mengukuhkan lagi jenama mereka apabila berjaya mencatatkan peningkatan jumlah pendengar daripada 2,267 juta kepada 2,643 juta dalam tempoh masa 6 bulan. Daripada 2,643 juta pendengar ini, 83% adalah merupakan pendengar daripada pusat bandar dan 17% pendengar luar bandar.

Berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, 2019 baru-baru ini juga, Suria FM memperoleh tempoh masa yang tinggi dihabiskan untuk mendengar (TSL) tertinggi dikalangan umur 20-24 tahun berbanding radio-radio berbahasa Melayu yang lain sebanyak 6 jam 51 minit.

Suria Cinta-Dj Lin

Dengan keputusan kaji selidik ini, Suria FM menduduki tangga keempat teratas antara radio berbahasa Melayu di Malaysia sekaligus berjaya mengubah kedudukannya melepasi stesen radio THR Gegar dengan perbezaan jumlah sebanyak 498,000. 

Bukan itu sahaja, Suria FM juga mencatatkan peningkatan jumlah pendengar  untuk tiga sesi kaji selidik berturut-turut, menurut Pengurus Kanan merangkap Ketua Stesen radio Suria Fm, Dj Lin.

Menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran ramai sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini, DJ Lin mengakui bukan mudah untuk Suria FM sampai ke tahap ini. 

“Sejak 2016, Suria aktif dalam mencari dan menghasilkan bahan yang sesuai bagi memenuhi keperluan kandungan untuk sasaran pendengar kami. 

Bukan itu sahaja, Suria juga memperluaskan platformnya dengan seleksi variasi pengisian yang lebih menghiburkan melalui platform radio, digital dan siri jelajah (on ground),”

“Melalui isi kandungan program yang asli dan berkualiti, kami percaya ia mampu menarik lebih ramai orang untuk mendengarkan dan mengikuti Suria.”

– DJ Lin

Malah, platform digital Suria iaitu laman web www.suria.my dan Youtube Suria TV mencatat tontonan lebih daripada 1 juta penonton sekaligus membuktikan usaha Suria untuk menjadi salah satu saluran digital kreatif yang diterima ramai. 

DJ Lin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak penaja dan syarikat-syarikat pengiklanan di atas kepercayaan mereka terhadap jenama Suria dan bersama-sama membantu menaikkan lagi jenama Suria. 

Suria FM adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Rimakmur Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Star Publications (M) Berhad.

Tps-Issey Fizi Ali

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza 1 | 23

Siti Nurhaliza, Wann, Naqiu, Sham & One Nation Emcees Bakal Perform di KonsertKoo #withCuckoo

Akim The Majistret | 24

Selepas Beberapa Ahli Undur Diri, Ini Wajah Baru Akim & The Majistret