in , ,

Betul Ke Iza’an Tumpang Populariti Khai Bahar

Bakat penyanyi baru, Iza’an dicungkil menerusi program realiti I Can See Your Voice Malaysia musim kedua (ICYVMY 2) episod bersama Khai Bahar.

Walaupun tersingkir pada ‘stage 4’ ketika menyanyikan lagu Luluh, Iza’an bertuah apabila dilamar Khai Bahar untuk bernaung di bawah syarikat milik penyanyi itu. Apa yang pasti, populariti dimiliki Khai sekali gus membantu Iza’an, 22, atau nama sebenarnya Mohamad Iza’an Abdul Talib untuk terus dikenali.

Malah, lagu Merindu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Kanda iaitu Khai sendiri menjadi pertaruhan sulung Iza’an dalam memperkenalkan lagi bakat nyanyiannya.

“Seperti semua sedia maklum, penyokong dan peminat Khai sangat ramai. Jadi, sedikit sebanyak ia memang membantu untuk saya lebih dikenali. 

“Diakui, tempias populariti Khai juga kena pada saya. Malah, peminat Khai pun tidak sabar mendengar single sulung saya ini yang juga hasil ciptaan Khai,”

– Iza’an

Tidak perlu menunggu lama, single itu turut hadir dengan muzik video (MV) yang dilancarkan secara rasmi pada 8 November lalu di saluran Youtube Seventeen Eleven Music. Sehingga kini, muzik video itu sudah melebihi 50,000 tontonan.

Bercerita mengenai muzik video itu, Iza’an berkata ia memaparkan masalah rumah tangga pasangan muda yang baru berkahwin.

Muzik video yang dilakonkan Zaki Azeman dan Mizza Razak itu diarahkan oleh Atmin Mazid diterbitkan Seventeen Eleven Music dengan kerjasama Grateful Music.

Izaan.Merindu.Single Cover

“Dalam MV ini saya adalah pencerita yang bercerita mengenai masalah rumah tangga suami isteri muda yang berpunca daripada salah salah faham kecil hingga menjadi besar.

“Akibat prasangka dan mengikut amarah jiwa muda, segalanya menjadi kucar kacir. Sedangkan dalam rumah tangga perlu banyak bersabar dan kenang pengorbanan pasangan masing-masing.

“Saya berharap MV ini mendapat sambutan yang baik dan mohon kepada peminat berkongsi MV ini bagi yang belum menonton. Diharap juga, jalan cerita yang dipaparkan menjadi pengajaran kepada semua dan yang ingin berkahwin,”

– Iza’an

Muzik video lagi Merindu menjalani penggambaran selama dua hari membabitkan pelakon dan Iza’an sendiri.

Teristimewa buat peminat Iza’an, lagu ‘Merindu’ edaran Seventeen Eleven Music ini boleh dimuat turun dan distrim disemua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, KKBox dan Deezer Music.

Ini pula pautan bagi link lagu ‘Merindu’ :  https://youtu.be/0YnNspYx_3Y

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Beberapa Ahli Undur Diri, Ini Wajah Baru Akim & The Majistret

Trophy Knives Launched ‘Glass Ceiling’ With A Full-On Rocking New Album Release Show