in ,

Betul Ke Nora Danish & Nedim Berpisah?

Setiap pasangan yang bercinta sudah tentu mempunyai pasang surut di dalam sesuatu perhubungan. Namun berlainan pula dengan cerita pasangan romantis Nora Danish dan Nedim yang dikatakan mempunyai masalah peribadi dan bakal berpisah.

Walaupun khabar angin tersebut masih tidak dapat dipastikan tetapi melalui laman sosial Instagram, anak kepada ahli politik itu ada memuat naik satu status mengenai sesuatu perkara yang menjurus kepada perhubungaan.

Sebelum ini umum tahu yang Nora Danish dan Nedim sentiasa menghabiskan masa bersama dan hubungan kedua dua mereka amat disenangi oleh peminat malah kedua dua buah keluarga. Bukan itu saja, Nedim dan Nora sentiasa memuat naik gambar mereka bersama tidak kira ketika melancong mahupun ketika bersama-sama menghabiskan masa bersama anak-anak mereka.

Usaha untuk mendapatkan kedua dua mereka masih lagi tidak berhasil dan mungkin pasangan ini mempunyai cerita yang tersendiri. Sebagai peminat sudah tentu cerita mengenai mereka menjadi persoalan utama yang harus dikupas dan diharapkan agar mereka akan memberikan jawapan kepada segala persoalan.

Yelah mana tau ada kejutan, apapun harapnya semua berada didalam keadaan yang baik serta peminat sudah tentu mendoakan kebahagian Nora Danish.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selebriti Popular di Anugerah Lawak Warna 2015

Jason Derulo Bakal Perform MTV World Stage Malaysia 2015