in

Selamat Ulangtahun Ke-5 Sensasi Selebriti Budiey.com

Walaupun Budiey tak update entri tentang sambutan ulangtahun ke-5 pada hari Sabtu, 7 Januari lalu, Budiey sangat terharu kerana pembaca setia masih ada yang sudi mengingatinya. Budiey menerima banyak sekali ucapan Selamat Ulangtahun dari pembaca semua di Twitter Budiey dan Fanpage Facebook pada 7 Januari 2011.

Terima Kasih Di Atas Sokongan

Terima kasih banyak-banyak kerana masih lagi sudi menuliskan ucapan. Untuk info pembaca, sebenarnya, pada 7 Januari lalu, Budiey bercuti di Hong Kong, jadi tak dapat membaca kesemua ucapan dari korang.

Macam tak percaya, usia Budiey.com kini dah genap 5 tahun. Banyak pengalaman dan kenangan sepanjang menjadi penulis blog sepenuh masa telah ditimba selama 5 tahun. Sukar untuk dinyatakan di sini satu persatu, tapi apa yang Budiey dapat rasakan, tanpa sokongan korang semua, Budiey tak dapat bertahan sampai ke saat ini.

Terima kasih juga buat yang sudi berikan hadiah berupa iPhone 4S dan juga headphone Beats By Dr Dre. Hadiah paling mahal setakat ni dihadiahkan kepada Budiey sempena ulangtahun budiey.com. Thank you! Thank you!

Sedang Merasmikan Iphone 4S. Mulakan Dgn Bismillah.
Selain Iphone 4S, Budiey Juga Menerima Hadiah Headphone Beats By Dr Dre. Tq Sbb Sudi Kasi Hadiah Ni!

Namun, hadiah paling berharga masih lagi milik korang semua. Korang semua yang tak putus-putus berikan sokongan. Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini setiap hari dan tidak putus-putus memberikan sokongan.

Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kiralah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey sepanjang tahun 2011. Semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama sebab korang memang sporting habis! Juga kepada PR syarikat rakaman dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang banyak memberikan jemputan dan peluang.

Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari dulu hingga sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin berkembang sehingga mendapat hits dalam 20 – 25 ribu sehari!

Tahun 2011 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Budiey berpeluang melancong ke luar negara boleh dikatakan setiap bulan. Dapat bertemu artis antarabangsa mahu pun dapat mengenali lebih dekat artis tempatan. Thanks sangat-sangat kepada yang masih mempercayai budiey.com. Semuanya akan disimpan dalam hati sebagai satu kenangan dan pengalaman yang cukup berharga.

Tahun 2011 juga menyaksikan event-event anjuran Budiey.com seperti Movie Day Out bersama pembaca. Boleh dikatakan setiap minggu juga Budiey akan menjemput pembaca untuk menonton wayang bersama. Tiket percuma dan goodie bag pula diberikan kepada yang hadir. Semoga korang semua menjadikan Movie Day Out untuk tahun 2012 ini lebih happening lagi. Terima kasih untuk kenangan! Semoga tahun mendatang, Budiey akan cuba memberikan banyak hadiah dan goodies di Movie Day Out. Budey telah merangka, Movie Day Out akan dibuat dua kali setiap bulan. Harap korang dapat join nanti ya. Itu pun kalau sempat ya.

Kepada pembaca yang akan join Parti Ulangtahun Ke-5 pada 21 Januari 2011 nanti, Budiey harap dapat jumpa korang di Zouk KL, Jalan Ampang dan kita boelh bergambar dan mengenali dengan lebih dekat lagi. Seperti tahun terdahulu sebelum ini, semua pembaca diwajibkan untuk memakai T-shirt Eksklusif yang Budiey berikan ketika sesi pendaftaran. Kepada selebriti dan tetamu Budiey, harap korang memakai mengikut tema iaitu Ungu & Putih.

Antara artis yang akan perform di #PartyBudiey ialah Adira, Shila Amzah, Tomok, Amanda Imani, Awie Rafael, Farawahida, Liyana Fizi, Min Yasmin, Dior Shahril, Andi A Merican, Keroz Nazri, Iz Sulaini, Faris Awan Band dan ramai lagi. Tak lupa, ada juga penampilan khas dari pelakon-pelakon seperti Sharnaaz, Siti Saleha, dan ramai lagi.

#PartyBudiey kali ke-5 ini ditaja oleh DiGi sebagai penaja utama. Radio Suria FM pula sudi menjadi Penyiar Radio Rasmi untuk tahun kedua berturut-turut. Macam dah takde radio lain pulak nak support Budiey.com. Apa-apa pun terima kasih Suria FM. Serta tak lupa, Nuffnang dan Alternate Pictures yang sudi menjadi penaja bersama. Untuk fotografi dan video pula, Budiey mendapat tajaan dari SayCheese Productions. Terima kasih kepada semua penaja!

MAHU JADI PENAJA PARTY BUDIEY.COM?
Sebagai hadiah kepada pembaca yang join, Budiey akan memastikan hadiah goodie bag tahun ini lebih meriah dari tahun lepas kerana Budiey sekarang ini masih lagi berusaha keras untuk mendapatkan barangan untuk diisi ke dalam goodie bag korang. Kepada yang nak menaja #partybudiey dari segi barangan, wang tunai dan lain-lain, sila email kepada budiey.isma[at]gmail.com

Kepada anda yang ada akaun Twitter jangan lupa mengemaskini Twitter anda dengan menggunakan hastag rasmi: #partybudiey. Jangan lupa ya untuk follow akaun Twitter Budiey iaitu @budiey. Begitu juga dengan pembaca yang ada akaun Facebook, jangan lupa ambik gambar dan letakkan di Fanpage Facebook Budiey.com – Sensasi Selebriti.

MAHU MENANG PASS MASUK KE PARTY?
Tak berapa lama lagi, Budiey akan siarkan cara macamana cara untuk korang join #partybudiey ni. Ramai betul yang bertanya dengan Budiey camna nak join kan? So, harap korang bersabar ya. Dan sekiranya anda tak terpilih di kalangan 150 pembaca yang bertuah, jangan risau, anda ada satu lagi peluang iaitu dengan menyertai peraduan di Radio Penyiar Rasmi – Suria FM yang akan diadakan mulai 16 – 20 Januari 2012. Jadi, tunggu!

Sempena ulangtahun budiey.com juga, Budiey telah dijemput untuk menjadi tetamu di Konti Suria Cinta pada 18 Januari ini yang bersiaran dari 11 malam hingga 2 pagi. Kepada Suria FM, terima kasih kerana sudi menjemput Budiey menjadi tetamu dan menjadi Penyiar Radio Rasmi untuk #PartyBudiey.

Anugerah Pembaca Sensasi Selebriti 2010
Semasa party ini juga, pihak budiey.com akan menyampaikan ANUGERAH PEMBACA SENSASI SELEBRITI kepada pembaca:

  1. Anugerah Pembaca Paling Cool
  2. Anugerah Pembaca Paling Sporting
  3. Anugerah Pembaca Paling Setia
  4. Anugerah Pembaca Paling Peramah
  5. Anugerah Pasangan Pembaca Paling Romantis
  6. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Lelaki
  7. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Wanita

Antara hadiah cabutan bertuah yang menanti pembaca:

Ipad-2
Sebuah iPad2 WiFi 16GB Warna Putih
Kamera Digital Olympus sumbangan Astro
Sehelai Baju Rekaan dari Pereka Ezuwan Ismail
Voucher Menonton Wayang IMAX dari TGV Cinemas
Setahun Keahlian Curves Ampang Bernilai RM1886
Perkakas Elektrik sumbangan OutLoud Studios
Perkakas Elektrik sumbangan 8TV
Hamper sumbangan Innershine
Hadiah Percutian sumbangan Radio Suria FM
Merchandise sumbangan FOX
Merchandise sumbangan TV3
Merchandise sumbangan Disney
Merchandise sumbangan Buena Vista
Merchandise sumbangan TV9
T-shirt Eksklusif Drive 7 Yang Ditandatangai oleh Aaron Aziz
dan banyak lagi…!

Seperti tahun lalu, Budiey harap korang enjoy dan happy dengan aturcara yang disediakan. Kita ada cabutan bertuah, persembahan artis dan games! Budiey jadikan parti ulangtahun ini untuk memberikan hadiah serta goodies kepada semua yang banyak memberi sokongan! Budiey akan pastikan setiap goodie bag yang korang dapat PENUH dengan goodies! Yang penting, korang semua berpuas hati nanti.

#Sila bilang berapa banyak Budiey ulang cakap TERIMA KASIH dalam entri ini? Oh memang banyak la kan?

Akhir sekali, terima kasih semuanya! Budiey tinggalkan korang dengan kompilasi ucapan-ucapan dari selebriti yang Budiey kenali.

Ucapan Bkay Nair

Ucapan DJ Lin Suria Cinta

Ucapan Sara Ali

Ucapan Tomok

Ucapan Angah Raja Lawak

Ucapan Anzalna

Ucapan Aqasha

Ucapan Ratu Rock Ella

Ucapan Faizal Tahir

Ucapan Dazrin Kamarudin

Ucapan Amanda Imani

Ucapan Tasha Shila

Ucapan Faralyna

Ucapan Izara Aishah

Ucapan Najwa Latiff

Ucapan Iqa Mentor

Ucapan Chomell Fana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adira Hafiz Najwa Latif dalam Klip Klip 2012

Melanie Amaro Winner Of The X Factor