in

Selamat Ulangtahun Ke-3 Budiey.com!

Hari ini, 7 Januari 2010! Usia Budiey.com genap 3 tahun.

4252325155 2E0981E6E4 O | 4

Di sini, Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini setiap hari dan tidak putus-putus memberikan sokongan.

Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kiralah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey. Semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama sebab korang memang sporting habis! Juga kepada PR syarikat rakaman dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang banyak memberikan jemputan dan peluang.


UCAPAN DARI PENYANYI FARADHIYA


UCAPAN DARI PELAKON IRMA HASMIE

Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari dulu hingga sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin berkembang sehingga mendapat hits dalam 20 – 25 ribu sehari!

Tahun 2009 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Selain berjaya tersenarai menjadi finalis di Anugerah Blog Asia Pacifik, Budiey juga berpeluang menjadi tetamu di program bual bicara Blog di RTM1, dilantik sebagai pengkritik untuk topik Artis & Botox di HIP TV sebuah program hiburan di TV9, ditemubual oleh wartawan Galaxy di TV9 untuk topik Blog (walaupun Budiey rasa ianya seperti memepersalahkan pihak blogger?), menjadi peserta Program Ewah-Ewah di TV3, peserta Perang Rendang di TV9, salah seorang peserta dalam Project Alpha musim pertama. Semua itu meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis.

Tahun 2009 juga menyaksikan event-event anjuran Budiey.com seperti Movie Day Out bersama pembaca. Dan semoga korang semua menjadikan Movie Day Out untuk tahun ini lebih happening lagi. Terima kasih untuk kenangan!

Kepada pembaca yang akan join Parti Ulangtahun Ke-3 pada 24 Januari 2010 nanti, Budiey harap dapat jumpa korang di sana dan kita bergambar dan mengenali dengan lebih dekat lagi. Tahun ini, semua pembaca diwajibkan untuk memakai T-shirt Eksklusif yang Budiey berikan ketika sesi pendaftaran.

Seperti tahun lalu, Budiey harap korang enjoy dan happy dengan aturcara yang disediakan. Kita ada cabutan bertuah, persembahan artis dan games! Budiey jadikan parti ulangtahun ini untuk memberikan hadiah serta goodies kepada semua yang banyak memberi sokongan! Budiey akan pastikan setiap goodie bag yang korang dapat PENUH dengan goodies! Yang penting, korang semua berpuas hati nanti.

Tahun ini lebih special sikit sebab ada 7 anugerah pembaca akan disampaikan termasuklah Anugerah Pembaca Paling Cun, Anugerah Pembaca Paling Setia, Anugerah Pasangan Pembaca Paling Romantis dan banyak lagilah.

Akhir sekali, terima kasih semuanya!

Ucapan dari pembaca setia:

4193387597 51C5Dc7874 O | 5
THANKS ASHRAF MUSLIM !

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fara Fauzana di Rakaman Alahai Fafau

Fotokopi Lakonan Shereen Ibrahim, Hairul Azreen Di TV2