in

Selamat Menyambut Hari Bapa 2010

Kepada semua pembaca yang bergelar bapa, Budiey ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA yang disambut pada hari ini… 20 Jun.

Hargailah jasa bapa selagi mana dia masih ada.

4711708145 Fd72Bdab2A B | 6

Bapa dan ibu adalah insan yang banyak berjasa kepada kita. Merekalah yang bersusah payah membesarkan kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jasa mereka tiada tolok bandingnya dan dikenang sepanjang hayat.

Kepada mereka yang masih mempunyai bapa dan ibu, berikanlah kasih sayang dan jagalah mereka yang sudah tua. Selagi nyawa dikandung badan hargailah pengorbanan mereka. Untuk bapa dan ibu yang telah pergi kita hadiahkan bacaan fatihah agar roh mereka berada di kalangan para solihin.

Jom di hari yang penuh kasih sayang ini, hayati lagu dari Aishah – Ayah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amylea Azizan, Jay Jay dalam Seikhlas Jasa

Lifebuoy CSR Campaign Gives Hope To Less Fortunate