in

Sekitar Sua Rasa TV9 di Tapak Ekspo Maha Serdang

KEMERIAHAN SUA RASA TV9 DI TAPAK EKSPO MAHA, SERDANG

Karnival Sua Rasa TV9 kini kembali menceriakan hujung minggu selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad bertempat di Tapak Ekspo MAHA, Serdang, Selangor. Kebetulan pula Sua Rasa TV9 kali ini diadakan seiring dengan percutian sekolah yang panjang dan juga bersempena dengan MAHA International 2010 dan lokasinya juga adalah bersebelahan.

Penjelajahan Karnival Sua Rasa yang ketujuh ini dibawakan khas oleh Celcom selaku penaja utama kami.

Tetamu kehormat yang hadir ke tapak acara ini adalah YB Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Perindustrian Asas Tani, Dato’ Johan Jaffar, Pengerusi Media Prima Berhad, Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9 dan Puan Umi Haina Abdul Rahman, Naib Presiden Pemasaran Produk, Celcom Axiata Berhad.

Sua Rasa

Sepanjang dua hari ini, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan khusus buat pengunjung yang membanjiri tapak karnival ini di samping berpeluang untuk meninjau gerai-gerai jualan produk dan makanan yang menawarkan harga yang berpatutan.

Pada kali ini, terdapat hampir 12 gerai penaja dan 30 gerai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang boleh dilawati antaranya Celcom,Khee San, Nestle, Klasso Coffee, Tan Chong Motors, Horicks, Pet Pet, Ar-Raihan, Di Hatiku, First Great Resources, Ibnu Khaldun dan Permata Hijrah.

Dsc_2448

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari Karnival Sua Rasa TV9 ini adalah seperti “Senamria Bersama Artis”, “Membungkus Nasi Lemak dan Ikat Tudung” bersama Farrah Adeebah, Sharifah Nur dan Danny X-Factor dan “Misi Mencari Personaliti TV9” bersama pengacara Chopp!!, Irma Hasmie.

Pengunjung yang ingin bertemu dan bergambar dengan selebriti tanahair terkenal, bolehlah meninjau ke gerai TV9 yang menampilkan selebriti-selebriti seperti Zuhairah Mustafa Al-Husin (penyampai Berita TV9), Tam Suhaimi, Shafik, Sari Yanti (pengacara Chopp!!), Irma Hasmie (Galaksi), Danny X-Factor, Amyza Adnan (Ejen 2×5), Mardiana Alwi, Fikree Bakar, Ramachandran, Isma Yusoof, Jobot (barisan pelakon Pasukan Gerakan Marin), Puteri Mardiana (pelakon drama Takut Bini Sayang Suami), Norlia Ramli, Kazaruddin Saisi, Adik Syahhirah (drama komedi Ceplos), kumpulan Nirwana dan kartunis Uneh. Adik-adik yang ingin berjumpa dengan maskot Upin & Ipin, Shafimie, Dayana, Azzam (Idola Kecil 2) dan peserta Idola Kecil 3 pula boleh terus ke gerai Adik Di 9.

Sementara itu, di gerai Halaqah pula, pengunjung dapat mendengar tazkirah dan sesi motivasi daripada tokoh agama Ustaz Dato’ Abu Hassan Din, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahiyah dan Ustaz Wan Akashah.

Di situ juga turut dipamerkan barangan yang digunakan oleh para jemaah terdahulu ketika menaiki kapal untuk menunaikan haji ke tanah suci Mekah. Antara barangan tersebut adalah seperti pasport, bakul makanan, beg pakaian dan barangan lain. Turut dipamerkan di gerai ini adalah Al-Quran tulisan tangan pertama daripada Acheh.

Warna-Warni Sua Rasa akan menyerikan pagi Karnival Sua Rasa TV9 apabila ianya disiarkan secara langsung menerusi kaca tv anda pada Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Kemeriahan Karnival Sua Rasa TV9 disambungkan lagi dengan Rentak Sua Rasa pada jam 9.00 malam bersama Tomok, Sheila (OIAM), Ana Raffali, kumpulan Pesawat, Lan & Typewritter, Dayana dan Azzam (Idola Kecil 2) dan dihoskan oleh Aidid Marcello.

Pada keesokan harinya pula (Ahad), para pengunjung juga berpeluang menyaksikan rancangan Galaksi dikendalikan secara langsung oleh Irma Hasmie daripada tapak Karnival Sua Rasa TV9 pada hari Ahad dan juga rakaman Chopp!! Kepada mereka yang masih tidak puas mendengar motivasi pasangan suami dan isteri romantik di gerai Halaqah, iaitu Ustazah Dato’ Siti Nor Bahiyah dan Ustaz Wan Akashah, anda boleh terus menunggu rakaman Semanis Kurma yang akan diadakan pada jam 9.00 malam.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk memeriahkan suasana Karnival Sua Rasa TV9 bersama Celcom di Serdang ini bolehlah menjelajah bersama kami di lokasi seterusnya yang juga merupakan lokasi penutup tirai tahun 2010 di Pulau Pinang pada 18 dan 19 Disember ini.

Sua Rasa

Sua Rasa

Dsc_2917

Lan Typewriter

Dsc_2745

Dsc_2730

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara

Senarai Program Menarik TV9 Disember Ini