in

Sekitar Sidang Media Shout! Awards Perkenalkan Penyampai dan Persembahan

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung sidang media kali ketiga Shout! Awards anjuran 8TV di Grand Ballroom 1, Hotel Nikko. Shout! Awards dibawakan oleh HOTLINK sebagai penaja utama. Ia merupakan satu-satunya anugerah yang menjadi platform untuk peminat memilih dan melihat ke mana arah tuju industri hiburan Malaysia.

Sidang media ini diadakan untuk mengumumkan kepada media trofi Shout! Awards! buat pertama kalinya siapakah penyampai anugerah, senarai nama artis yang buat persembahan dan pengacara anugerah yang akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil ini.

Band Pesawat mempersembahkan sebuah lagu.

Oh ya, di tangan Budiey sekarang ada 100 keping tiket untuk pembaca sekalian. Kepada pembaca yang mahukan tiket masuk, jangan lupa untuk melayari budiey.com dalam masa terdekat ini.

Sarah sedang menemubual dengan Rahim Maarof

Hanya tinggal lebih kurang 3 minggu lagi, anugerah ini seakan menjadi anugerah tergempaq untuk yang terbaru dalam industri hiburan Malaysia.

Shout! Awards yang akan berlangsung selama 2 jam setengah ini akan membariskan persembahan dari artis Malaysia dan Antarabangsa iaitu Pop Shuvit, One Buck Short, Jin Hackman, Reza Salleh, Komplot, Caprice, Estranged, Shila, Bunkface, Mia Palencia, Pesawat, Paola Delfino, Nikki, Joe Flizzow, Rahim Maarof dan ramai lagi. Selain itu, penyanyi hip hop reggae, Sean Kingston akan diterbangkan khas dari Miami untuk menghiburkan penonton.

Ahmad Izham Omar melancarkan dan memperkenalkan trofi kepada media

Anugerah ini turut diserikan dengan selebriti tersohor sebagai penyampai antaranya, Juliana Evans, Deborah Henry (Ratu Cantik), Paul Moss, Fazura, Alif Satar, Yasmin Ahmad, Smek, Chong Sisters, Diana Rusdi, Jojo Struys, Nabil Raja Lawak, Syafinaz Selamat, Jien, Marion, Afdlin Shauki, One Nation Emcee, Love Me Butch, Dato’ Sri Fernandez dan Sarah Lian.

One Nation Emcees jadi penyampai anugerah

Shout! Awards 2008 ini akan dihoskan oleh Marion Caunter, Jien dan Sarah. Jadi, kepada peminat hiburan tanahair, jangan lupa tarikh 17 Julai 2009, anugerah yang mengumpulkan selebriti yang terlibat dalam industri muzik, filem, TV dan radio.

Marion Caunter dan Sarah sebagai hos utama

Undian online telah dibuka sejak 8 Jun lalu dan akan ditutup pada 16 Julai 2009. Untuk mengundi, korang kenalah melayari laman web www.shoutawards.com.my

Sebanyak 12 orang pelanggan Hotlink dan Maxis yang dipilih khas (bersama pasangan mereka) yang mengundi melalui SMS menjelang malam anugerah tersebut akan dapat menikmati segala kegemilangan dan glamor pada malam itu dengan sambutan red karpet. Selain itu, pemenang Hotlink juga akan mendapat dandanan kecantikan di mana mereka akan ditransform dan di-makeover untuk menjadi bintang pada malam itu.

Antara selebriti yang hadir…

Deborah Henry

Sarah Lian

Shila OIAM

Jaclyn Victor

Aliff Satar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misteri Acara Pengebumian Michael Jackson

Dewa 19, Gigi, Sheila On 7 Bikin Pesta Malam Indonesia 3 Sukses!