in , ,

Sekitar Readers ToGether Gather Bersama Budieyators ke-2, Menonton Filem SUMOLAH

Tanggal 19 Mei, jam 11 pagi… berlokasikan Suria KLCC, Sensasi Selebriti bertemu sekali lagi dengan pembaca dan menonton filem Sumolah bersama-sama. Selepas gathering pertama (sambil menonton filem Jangan Pandang Belakang) yang juga diadakan di lokasi yang sama, Budiey merasakan gathering kali ini lebih terancang dan lancar sekali. Tidak tergesa-gesa dan terkejar-kejar sangat.

Terima kasih buat semua pembaca yang hadir. Antara pembaca yang hadir ialah Mazen, Abby, Nurul Huda (Coinss), Izham, Herman, Caroline (Isteri Herman), Samat, Erin, Feza, Liza, Syairil, Andrew , Azuan , Rozlan dan Aida. Tidak jauh beza dengan jumlah gathering yang pertama. Terima kasih kepada Mazen, Izham, Samat, Erin, Liza, Azuan dan Rozlan yang tak serik-serik mahu join event Sensasi Selebriti.

16 goodie bag to give away to all readers yang datang

Harap korang terus memberi sokongan untuk event gathering yang akan datang. Hehe, yang penting Budiey seronok menghadiahkan kat korang goodie bag berupa barangan eksklusif filem Sumolah. Kepada Vision Works Sdn Bhd, terima kasih banyak-banyak kerana sudi menyokong dan menaja goodie bag Sumolah untuk gathering kali ini. Terutama sekali kepada Shima dan Afdlin Shauki yang memberi sokongan padu buat saya untuk mempromosikan filem Sumolah.  

Walaupun ada yang tak dapat T-shirt dan topi Sumolah… harap korang maafkan Budiey ya. Sebab Vision Works hanya memberikan 5 helai T-shirt dan 6 helai topi sahaja… jadi Budiey terpaksa bersifat adil dengan memberikan kepada pembaca yang datang awal.

Saya dapat memahami perasaan risau Afdlin setelah melihat kerusi dalam dewan 3 yang banyak kosong. Agak tidak bernasib baik pada saya kerana Sumolah mendapat tarikh tayangan dalam bulan Mei. Di mana pada bulan ini adalah bulan pesta filem BLOCKBUSTER. Dalam bulan Mei di USA adalah bulan holiday yang mana pengeluar filem termahsyur berebut-rebut untuk memulakan tayangan mereka.

Selepas Spider-man 3, Sumolah akan berdepan dengan lanun Pirates pula. Dan di penghujung bulan Mei ini, manusia gemuk berkulit hijau, Shrek 3 akan mencabar Sumolah di gelanggang panggung. Jadi, masihkah ada ruang untuk penonton menonton Sumolah kerana banyak dewan harus ditumpukan pada filem lain yang lebih laris? Apa-apa pun, kepada anda di luar sana, filem kita wajah kita, cintai filem tempatan… walaupun ramai yang kata Sumolah mengagungkan budaya Jepun, namun pada saya bukankah ada baiknya kalau kita mencontohi budaya yang baik dari negara luar daripada kita menonton aksi ganas dari filem luar yang entah apa-apa atau ape kejadahnya semua tu?

Budiey juga ingin minta maaf kat Aida yang sanggup datang walaupun namanya tiada dalam senarai. Aida katanya ada masalah email, jadi tak dapat hantar email untuk mengesahkan kehadiran.

Memandangkan Budiey hanya mengesahkan pembaca melalui email dan yahoo mesengger sahaja, jadi tercicir pulak nama Aida ni. Minta maaf la banyak-banyak ya. Terima kasih sebab sudi datang.

Seawal jam 10.40 pagi, Budiey sebenarnya dah sampai di ruang legar Concourse Suria KLCC untuk menyediakan goodie bag. Masa tengah bersiap-siap bahagikan barang-barang sumbangan Vision Works, Erin dan kawannya, Feza datang. First time jumpa Feza… diorang ni pulak peminat Peterpan.

Kebetulan diorang berdua ni ada gathering Peterpan. Oh ya, melalui Erin, saya dapat info Peterpan akan datang buat showcase Jams With Peterpan Liva in Kuala Lumpur di Rooms Bar & Club, Life Centre, KL pada 25 Mei ini jam 10 malam. Bayaran RM30 dikenakan. Dibawakan oleh Celcom.

Coinsss & Abby; penyokong Mila AF5

Kemudian, Huda dan Abby yang juga datang dari Kelana Jaya. Ini pertama kali jumpa dengan Huda yang menggunakan nama Coinsss di ruangan komen. Rupa-rupanya mereka ni peminat Mila AF5. Kira pack juga jadual diorang ni sebab selepas gathering Sensasi Selebriti, diorang ni kena pergi ke Stadium Putra untuk sokong Mila.

Izham datang dengan spek hitamnya… nampak ceria pagi itu. Tidak nampak sangat dia penar memandu. Kalau nak tahu, Izham antara pembaca paling jauh… dari Johor Bahru sana. Terima kasih la sebab sudi datang. Izham bayar dulu untuk Mazen yang kata dia lambat sikit nak sampai. Maklumlah Mazen jauh tu datang dari Putrajaya. Kira jauh la gak ek.

Azuan dan Rozlan yang book tiket last minute tiba beberapa minit selepas tu. Nasib baik pada pagi Sabtu, sebelum ke KLCC, Azuan buzz saya di YM, kata nak join. Sebab tiket ada lagi 2 keping lagi masa tu. Kalau tak burned cam tu jek. Cuma Ajieb tak dapat join sebab katanya ada pertandingan nyanyian. Wah! Ajieb dalam diam tak bagi tau pun ada bakat… boleh la join Akademi Fantasia musim ke-6 tahun depan ya.

Syairil dan Andrew  sebenarnya datang awal tapi diorang ni pergi breakfast dan lepak dulu. Jadi, sendiri mau ingat la, melepasla korang nak pakai T-shirt Sumolah tu. Limited Edition je katanya. Pakai je la topi tu ya… hehehe. Kalau kalian nak tau, Syairil adalah penulis sambilan untuk Sensasi Selebriti untuk ruangan Hot Hollywood.

Pasangan bahagia, Herman & Isterinya, Caroline.

Herman & isterinya, Caroline sampai dalam jam 11 pagi. Kawan Herman, Roystone tidak dapat datang sebab masih demam dan tak sihat. Rasa ralat pula terima wang tiket Roystone dari Herman. Alahai… Apa-apa pun, seronok jumpa dengan Herman kerana sebelum tu, Budiey ada membaca blog Herman yang juga membuat ulasan tentang album Single TrackMind. Itulah seronoknya berada dalam dunia blogosphere yang mempunyai jaringan community dan social network yang luas. Kalau kena caranya, blog dapat memperkenalkan pada kita rakan, kawan, kenalan baru dan kita semua dapat bertukar-tukar pendapat.

Gambar beramai-ramai di Lantai Concourse sebelum ‘terbang’ ke lantai 3, TGV KLCC. Yang tiada dalam gambar ialah Samad, Aida, Azuan, Rozlan dan Izham. 

5 minit sebelum masuk ke dewan 3. Sorry foto ni kabur sikit.

Lepas nonton filem Sumolah, kami bergathering lagi di food court di lantai 2. Plan sebenarnya nak ajak diorang ni makan di Restoran Nando’s tapi restoran yang baru di revamp tu penuh dengan pelanggan la pulak. Susah nak makan ramai-ramai kat Nando’s pada hari Sabtu begini. Jadi, kitorang just lepak-lepak, bercerita pasal filem Sumolah, pasal AF5, bergosip-gosip macam biasa… hehehe 🙂

blog

Acara cabutan bertuah pun ada diadakan. Hadiah utama berupa beg SEED dimenangi oleh Syairil. Ingat dapat kat budak pompuan sebab beg itu sebenarnya nampak women sangat untuk jejaka tampan. Yang kelakarnya, Andrew dapat kain pelikat. Merasalah Andrew pakai kain pelikat untuk ganti seluar tidur. Hehe:) Termos Grand Brilliand dapat kat Liza, Termos Mimos dapat kat Abby. Pastu ada barang kecik-kecik… tak tahu sape menang… Sorry kat Erin, Feza yang datang lewat, ingat ke nak terus gi join gathering Peterpan. Samad lak, tak nak join makan-makan. Tak tahu la sebab apa Samat tak nak join. Mungkin dia malu nak bersosial dengan kitaorang kot. Tak pe, Samad datang pun dah kira okay.

Walaupun masa agak singkat jumpa korang sebab jam 3 petang, Budiey kena balik rumah untuk bersiap ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk karnival & Konsert Akhir AF5. Apa-apa pun, Budiey rasa seronok dan kenangan manis bersama kalian akan saya simpan sampai bila-bila. You all memang sporting & rocklah! Terima kasih ya sekali lagi sebab sudi join gathering kedua ni. Kita jumpa lagi di gathering yang ketiga yang mana masih lagi dalam perancangan.

Ikuti foto-foto kalian yang selebihnya itu… akan diletakkan di blog ini dalam masa terdekat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Terbaharu Heliza Helmi di Sidang Media Konsert Akhir AF5

Gambar Hiasan

Gosip Selebriti: Isu Panas Artis Songsang & Gay?