in ,

Ulasan Album Terbaru SingleTrackMind

Sensasi Selebriti dengan gembira hatinya menerima email dari beberapa syarikat rakaman untuk mempromosikan album keluaran terbaru. Tidak salah kalau kita membantu dalam rangka promosi album.

Lagi pun, mereka juga tidak keberatan untuk menghantar album sample copy untuk saya dengar dan hayati. Seterusnya kalau ada kelapangan, mungkin saya akan mengulas. Terima kasih atas kepercayaan anda.

Selepas Metrowealth Records, Budiey dipelawa oleh Reputation Mercatus Malaysia untuk mempromosikan album terbaru SingleTrackMind (STM) yang telah dilancarkan pada awal 1 Mac lalu. Istimewanya, 9 lagu dari album yang berjudul [hey.] ini dirakamkan di Los Angeles. Kebanyakan lagu dan lirik ditulis sendiri oleh STM. STM merakamkan album kedua ini bersama Bob Koszela, penerbit yang berpengalaman luas dan pernah terlibat dalam pembikinan album untuk penyanyi Hollywood seperti Motorhead, Poison dan Don Henley. Di samping itu, Julian Chan yang menjadi jurutera bunyi dikatakan pernah bekerja dengan beberapa orang artis terkemuka seperti Sting, No Doubt, Gwen Stefani, Papa Roach, The Hives dan ramai lagi. Memang cukup hebat. Dan hasilnya… anda khususnya penggemar music rock pop-alternatif, harus miliki album ini untuk mendengarnya dengan lebih lanjut.

Walaupun Music SingleTrackMind banyak dipengaruhi oleh U2, Pink Floyd, Collective Soul, AC/DC, Led Zeppelin dan Matchbox Twenty, namun aliran bunyinya tidak sama. Nyata berbeza seandainya anda mendengar dengan teliti. Liriknya pula banyak menyentuh tentang kehidupan manusia, diadaptasi daripada perjalanan dan pelbagai pengalaman hidup termasuk membicarakan tentang cinta dan perasaan.

Di antara lagu dari album terbarunya termasuklah ‘One Day’. Lagu ‘One Day’ merupakan adaptasi dari lagu popular Peterpan bertajuk “Mungkin Nanti”. Selain itu, album ini juga memuatkan  lagu ‘Still The Same’ dan ‘Light Fades’ iaitu lagu yang telah dipilih untuk dimuatkan dalam filem seram Hollywood yang bertajuk, The 3rd Doorway, yang turut dibintangi oleh Gary Dourdan dari siri televisyen CSI Vegas.

Pada tahun 2004, album debut STM bertajuk “No Reason” telah melayakkannya untuk dicalonkan sebagai Artis Inggeris Baru Tempatan Terbaik, Penghasilan Album Terbaik dan Video Terbaik di  Anugerah Industri Muzik (AIM).

Untuk mendengar lagu “ONE DAY” yang merupakan lagu “English version” bagi lagu Mungkin Nanti dari Peterpan, anda boleh layarinya di: http://www.myspace.com/singletrackmind . Untuk menonton video STM Music, anda boleh ke youtube dan menaip di ruang search – SingleTrackMind.

Album ini boleh didapati di kedai CD terutamanya di Tower Records. Dapatkan CD Album ini di pasaran sekarang!

Layari laman web rasmi: www.singletrackmind.tv

[tags]SingleTrackMind, pop rock, alternative, album terbaru, [/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Peminat Jaclyn Victor di Anugerah Industri Muzik 14

Biodata Izwan Pilus