in

Sekitar Pelancaran Program JAGUH TV9

SIAPAKAH JAGUH BADMINTON NEGARA SETERUSNYA?

Kita telah menyaksikan bagaimana sukan badminton berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa. Malah lebih membanggakan apabila sukan badminton ini juga berjaya membuka mata dunia tentang betapa hebatnya pemain-pemain Malaysia terutamanya ketika berjaya menjulang Piala Thomas pada tahun 1992, All England 2003 (perseorangan) dan 2007 (beregu) dan pingat perak pada Sukan Olimpik 2008.

Satu fenomena baru badminton kini bermula… Bersempena kejohanan Piala Thomas 2010  yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Mei ini, TV9 bersama penaja bersama Yonex dan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan membawakan sebuah program realiti badminton terbaru iaitu JAGUH.

Program realiti badminton JAGUH ini dirasmikan oleh Ketua Pegaawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad Dato’ Sri Farid Ridzuan dan dihadiri oleh Pegawai Persatuan Badminton Malaysia Tuan Haji Ahmad Idris; jurulatih kebangsaan Encik Salleh Swandi; Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Puan Rozaina Zainul Abidin; dan Pengurus Promosi Sunrise Sports Sdn Bhd (Yonex) Cik Alice Lee.  

JAGUH merupakan program realiti badminton pertama dan julung kali di Malaysia, malah, mungkin juga di dunia! Kehadiran program realiti ini dijangka dapat menghangatkan lagi demam Piala Thomas. Bersesuaian dengan matlamat TV9 dalam usaha mencari bakat muda kerana untuk melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kehadiran JAGUH dirasakan tepat pada masanya dan dijangka dapat menyemarak dan meningkatkan semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama di samping mengeratkan lagi ikatan 1 Malaysia. Dengan wujudnya program seumpama ini, diharap TV9 dapat turut membantu menyemarakkan lagi minat serta sokongan orang ramai dan seterusnya memberi tuah buat Malaysia untuk merampas semula Piala Thomas!

Penerbit Ekskutif: Baskaran

Selepas pencapaian nama-nama besar dalam dunia badminton negara seperti Misbun, Razif, Jalani, Rashid, Cheah Soon Kit, Soo Beng Kiang, Roslin Hashim dan kini wira-wira baru seperti Datuk Lee Chong Wei, Hafiz Hashim, Zakry Abdul Latif, Fairuzizuan Mohd Tazari, Koo Kim Keat & Tan Boon Heong kini menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bakat pemain-pemain pelapis berkaliber terus dilahirkan.  Dengan adanya program seperti JAGUH, TV9 berharap ia dapat dijadikan salah satu platform terbaik mencungkil bakat muda.

program realiti badminton JAGUH terbuka kepada kanak-kanak lelaki berusia antara 9 tahun hingga 11 tahun sahaja. Ujibakat akan diadakan pada 26 Disember 2009 (Sabtu) ini bertempat di Kompleks Sukan Kampung Pandan bermula seawal jam 8.00 pagi.

Penerbit Jaguh : Wahyu Nursubiyakto

Sesi ujibakat ini amat istimewa kerana ia diadili oleh jurulatih-jurulatih dari BAM sendiri dengan diketuai oleh Kwan Yoke Meng (antara pemain perseorangan utama skuad badminton Malaysia yang memenangi Piala Thomas pada 1992) selaku ketua jurulatih. Beliau merupakan antara jurulatih tersohor Malaysia yang akan dibantu oleh tiga lagi jurulatih berpengalaman yang lain iaitu Koah Kar Lin, Salleh Swandi dan Shanker Annamalai.

Program realiti sukan ini memberi peluang kepada pemain-pemain cilik untuk menunjukkan bakat dan mengikuti jejak langkah idola mereka di peringkat antarabangsa pada masa hadapan. Hanya 8 peserta terbaik sahaja yang akan dipilih dan seterus mengikuti latihan intensif di bawah program realiti badminton JAGUH dan seterusnya hanya seorang yang berjaya bergelar JAGUH.

JAGUH diterajui oleh Penerbit Eksekutif Baskaran Krishnakutty dan penerbit Wahyu Nursubiyakto.

Pastikan anda bersama kami untuk mengikut perkembangan lanjut program JAGUH dari masa ke semasa di TV9.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Perihal Artis Jenis Suam-Suam Kuku

Mamat Exists Diarah Pulangkan Barang Curian