in

Mamat Exists Diarah Pulangkan Barang Curian

Berita ini Budiey aje petik dari CyBerita yang melaporkan tentang susulan kes Mamat, bekas vokalis Exists yang didakwa telah mencuri telefon bimbit dan jam tangan. Rasanya Mamat belum lagi bercerai kan? Yang Budiey dengar, Mamat ada kekasih di Singapura.

Mamat

Mamat diarah kembalikan barang curian

MAHKAMAH semalam memerintahkan bekas vokalis kumpulan Exist dari Malaysia, Mamat, mengembalikan barang-barang yang didakwa dicurinya kepada pegawai siasatan.

Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 31 tahun, yang dituduh mencuri dua telefon bimbit dan sebuah jam tangan, memberitahu mahkamah bahawa dia lupa kembalikan barang-barang itu. Oleh itu, Hakim Mahkamah Rendah, Encik Shaifuddin Saruwan, menangguh perbicaraan tersebut hingga 6 Januari depan.

Mamat diberkas polis pada 18 November lalu di Lorong 24 Geylang, setelah pelakon bebas Singapura, Amy Kecik, dan sepupunya, Encik Noor Shazeel Sazali, membuat laporan polis.

Menurut kertas dakwaan, Mamat melarikan telefon bimbit jenama Nokia N75 yang dibeli dengan harga $580 serta jam tangan jenama Levi’s milik Encik Noor Shazeel, tiga hari sebelum melarikan telefon bimbit Amy Kecik. Dia didakwa melarikan kedua-dua barangan tersebut dari rumah Encik Shazeel di Bishan, 11 November lalu.

Di samping itu, Mamat juga dikenakan tuduhan kedua mencuri telefon bimbit Amy Kecik atau Encik Suhailmi Ruslan dari rumahnya di Tampines, pada 14 November lalu. Telefon bimbit terpakai berjenama Samsung itu berharga $280.

Memberi sebab mengapa dia ingin kesnya ditunda, Mamat di penampilan keduanya di Mahkamah Rendah semalam mendakwa dia terlupa kembalikan barang berkenaan kepada pegawai penyiasat. Hakim Daerah Encik Shaifuddin memberinya hingga hari ini untuk kembalikan barang-barang tersebut kepada pegawai penyiasat.

Mamat kini bebas dengan ikat jamin.

Berita Harian difahamkan bahawa dia menetap sementara di rumah makcik temanitanya di Bedok Reservoir. Teman wanitanya dipercayai seorang warga Singapura berumur 16 tahun.

Dalam laporan Berita Harian bulan lalu, Mamat berkata dia mengalami trauma kerana telah ditahan di balai polis di sini dan tidak dibenarkan keluar dari Singapura.

Dia mula rapat dengan Amy Kecik ketika menjadi salah seorang anggota panel hakim dalam pertandingan nyanyian ‘Bintang Sensasi’ di Kelab Masyarakat (CC) Taman Jurong, Mei lalu.

Mamat, yang popular dengan lagu Untukmu Ibu pada 1990-an, pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan merogol (statutory rape) setelah dituduh melakukan hubungan seks dengan seorang budak perempuan berusia 14 tahun.

Mamat kemudian dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dan terus ‘menghilang’ daripada dunia hiburan selama hampir lima tahun.

Jika didapati bersalah, Mamat boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda bagi setiap tuduhan tersebut.

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. MAMAT LU BUAT MALU AJE LAH….

    DATANG NEGERI ORANG BUAT TAIK !

    NAMPAK SGT LU JANTAN SENGKEK TAK BERDUIT !

    *memang muka lu pun muka kental per.. muka mat kotai *

    LU PUNYA AIR MUKA PUN SUA NAMPAK MUKA TAK BAIK PUNYA JANTAN.

    KENA TANGKAP TEMPAT LORONG GEYLANG LAK TU….

    MULA2 KENA TANGKAP TAK NGAKU KATA DI ANIANYA LAH
    *buang masa lah nak anianya jantan haprak mcm lu*

    MCM2 LAH LU PUNYA NAFI BANYAK LOBANG

    DGN REPORTER BLEH LAH LU TEMBERANG

    MACAM LU LOBANG LU PUNYA ANAK BINI !

    LAH NI MATAIR DGN BUDAK 16THN…

    KALO “MAIN” DAH BOLEH KIRA KES ROGOL TAU BEROK…

    INGAT TAAU…

    JGN KES CURIK HP/ JAM BLUM ABIS,

    NANTI PULAK KENA CHARGE “MAIN” DGN BUDAK UNDER AGE LAK..

    😛 🙂

  2. mamat2 mmg buat malu org melayu..dah x mampu sgt ke nk beli brg2 tu..nape x igat kat anak dan isteri..kesian kat dorang.mesti si anak malu bila di ejek oleh rakan2 sama gak la dgn si isteri malu dgn sikap suami cam x tau beza kan DOSA DAN PAHALA.BELAJAR LAH BERTAUBAT MAMAT oi JGN TAU BUAT JER…

  3. Heran gak tengok budak pompuan yang giler kat beruk jantan ni!!! dah lah tak hensem, kaki pompuan, pencuri…dah ada bini wat hal lak ngan pompuan lain…poket kosong…nak kata glamor sangat tak gak… may be glamor sebab prangai dia kot….! x pahe x pahe…

  4. sepatutnya mamat nih pergi cari kerja… cari duit besarkan anak… tak fikir ke masa depan anak?? yang malu golongan artis gak, itu yang masyarakat cop golongan artis nih kurang bermoral walaupun tak semuanya begitu tapi dah sebab tempias sesetengah golongan yang kurang berfikir ni… ; )

  5. PERGHHHHH TU DIA KATA2 AZIMAT DARI ABG TABUAN KITA…BETUL 3x (TIRU SUARA UPIN IPIN) MAMAT NI NTAH APA LA NK JADI..INGAT BILA USIA DAH MENIGKAT DEWASA, PERANGAI DAH BERUBAH..SEMENTELAH AWAK TU PUN DAH ADA ANAK BINI..MEMANG PATUT BINI DIA MINTAK CERAI (DLM MELODI) LAKI PERANGAI MCM SAMDOL NI TK BOLE BAGI PELUANG KEDUA PD DIA..DULU KANTOI BUAT SEX NGAN BUDAK 14 TAHUN..PATUTNYA DAH CUKUP JADI PENGAJARAN..TAPI DIA BUAT BALIK..DULU BOLE KATA DIA PUN BARU NK AKIL BALIGH..MASIH MENTAH..TP LA NI DAH 31 THN WOI…MASIH NK PROJEK NGAN BUDAK BAWAH UMUR LAGI..SETAN TUL LA..MENCURIK LAK TU..CURIK HANDPHONE MURAH, BUAT HUBUNGAN NGAN BUDAK BAWAH UMUR..NAMPAK SGT MURAH SI MAMAT NI..ALANG2 JADI JAHAT ROMPAK LA BANK..BARU GEMPAK KUAR MUKA DEPAN KT PAPER TUH..

  6. gelap je perjalanan hidup si mamat nie dri muda sampai ke tua….harap2 sok dah tua gaban jgn la buat benda2 yg x bermaruah lg.

  7. salam….manusia ne kalau pasal mengutuk orang lain nombor satu macam la diri sendiri x pernah buat silap…..macam la diri tu sempurna…….setiap manusia ada buat silap jangan terus nak menghukum….bagi peluang untuk mamat berubah…mamat seorang berbakat besar dalam bidang nyanyian…kadang2 manusia yang kuat mengutuk ne sebenarnya dia yang lebih teruk lagi perangai…tapi disebabkan mereka ne bukan artis jadi ter cover la perangai mereka ne…apapun saya dan peminat2 mamat yang lain tetap menyokong mamat x kira dalam situasi apapun…………harap mamat bangkit semula dan tidak berputus asa….

  8. Mamat the best..Insyallah hidayahNya Akan sampai..kita doa kan terbaik bagi dirk ya. Go mamat go..you can more glamour this year..

  9. Buttooo la… Aku rase la kan.. Sape yg backup die ni same je kot perangai… Kalo ank kat rumah tu buat mesti korg buat tak tahu kan??? Pelik betol.. Kalo kes first bole lagi caye ni dh bnyk kes dh makcik uii…

  10. Masing² ada kenagan baik kenagan buruk..x baik ckp org mcm tu…nabi pn blh ampun kn umat nye..knp kite tidak mcm 2…insha allah setiap ape mamat lalui ada ikmah nya..dia yg lalui semua tu…doa kan yg baik2 semoga di lindugi allah dan murah rezeki…

    #wanpasirgudang

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Program JAGUH TV9

Gambar Nabila Huda & Liyana Jasmay di Prebiu DUHAI SI PARI-PARI