in

Sekitar Pelancaran Festival Filem Antarabangsa ASEAN AIFFA 2017

Dua tahun, dirasakan tak lah lama sangat. Pejam celik pejam celik, dah 2017. Terasa baru semalam AIFFA 2015 berlangsung. Hari ini, satu lagi permulaan dalam jurnal Budiey di mana Blog Budiey.com dapat tugasan untuk menjadi Blog Rasmi untuk mempromosikan acara serta menjadi platform sosial media menyebarkan info tentang AIFFA 2017.

Masuk ni, dah kali ke-3 Budiey buat liputan di AIFFA dan kali ini, untuk tahun 2017 Budiey sangat teruja untuk bertemu sekali lagi dengan orang Kuching Sarawak yang sangat ramah tamah.

Hari ini, pagi-pagi lagi Budiey keluar rumah menuju ke Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya untuk buat liputan AIFFA 2017.

Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2017 kembali dengan lebih gempak di mana ia sekali lagi menghimpunkan pelakon dan penggiat filem tempatan, ASEAN dan antarabangsa berlangsung di Kuching, Sarawak pada 4 hingga 6 Mei 2017.

Jadi, kepada orang Sarawak, kita akan berjumpa sekali lagi untuk memeriahkan lagi acara ini. Banyak aktiviti menarik telah disusun untuk korang sertai.

Terdapat 16 kategori anugerah yang dipertandingkan bagi mengiktiraf pengarah, pelakon, penulis skrip, juru edit, pengarah fotografi dan juga anugerah sepanjang hayat.

AIFFA 2017 kali ini lebih bermakna kerana ia disambut bersama dengan ulangtahun jubli emas ASEAN yang ke-100 (Golden Anniversary). Kali ini, AIFFA lebih menumpukan perhatian kepada bakat kreativiti filem terbaik di Malaysia dan juga 600 juta populasi ASEAN. Budiey berpendapat sudah tiba masanya AIFFA memberi ruang yang luas kepada bakat-bakat baru yang semakin tumbuh seperti cendawan.

Di dalam negara kita sahaja, kita dapat lihat pelakon baru yang berbakat untuk diketengahkan sebagai calon. Takdelah kita nampak orang yang sama sahaja hadir dan memeriahkan AIFFA. Kalau boleh pelakon sensasi yang hot masa kini seperti Fattah Amin perlu diterbangkan ke Kuching, Sarawak untuk menarik peminat. Betul tak?

Siri jelajah AIFFA di Kuala Lumpur bermula dengan pelancaran pada hari ini di mana menyaksikan perasmian yang cukup simbolik oleh YB Datuk Lee Kim Shin selaku Penolong Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak mewakili YAB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Pelancaran AIFFA di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur pastinya menjadi titik tolak untuk memperkenalkan lagi AIFFA kepada pelajar di mana pada hari ini juga akan diadakan bengkel.

Turut hadir pada hari ini Yang Berbahagia Ambassor Jojie Samuel selaku Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN – Malaysia, Yang Berbahagia Tuan Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia FINAS, Yang Berbahagia Datuk Ibrahim Abdul Rahman Pengarah Jabatan Informasi Malaysia, Yang Berbahagia Datin Paduka Shuhaimi Baba selaku Timbalan Presiden Persatuan Pengarah Filem serta beberapa orang selebriti dan pelakon terkenal seperti Vanidah Imran, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Yang Berbahagia Datuk Lee Kim Shin memberitahu AIFFA 2017 di Kuching merupakan platform untuk mencapai impian membawa filem ASEAN di mata dunia. Selain itu, AIFFA 2017 akan memecahkan rekod Guinness World Record untuk perhimpunan dengan pakaian seragam kucing paling ramai yang diadakan di Kuching, Sarawak.

Macam-macam aktiviti yang akan dianjurkan antaranya Seminar Perfileman dan juga macam lagi lah menanti di Malam Gala AIFFA.

Pengarah Festival, Livan Tajang menjanjikan AIFFA 2017 dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk semua. Delekasi serta penggiat filem antarabangsa, Malaysia dan ASIA akan dapat bertemu dan bertukar pendapat serta bertukar fikiran tentang tayangan filem yang akan diadakan nanti.

Lanjutan dari acara AIFFA 2017, satu pertandingan filem pendek akan diperkenalkan bagi menyemarakkan lagi serta memeriahkan pesta pada tahun ini. AIFFA telah membangun menjadi sebuah festival filem premiere di ASEAN dalam tempoh yang singkat setiap dua tahun sekali.

Selain menonton filem yang dipertandingkan secara percuma bermula bulan April nanti di Amphitheatre Waterfront Kuching, Sarawak, anda juga berpeluang menyertai bengkel lakonan dan penulisan skrip anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional. Amacam? Best kan?

AIFFA 2017 telah menerima sebanyak 45 penyertaan daripada pemain industri filem tempatan untuk pelbagai kategori yang dipertandingkan. Layari www.aiffa2017.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

300 Peserta Serlahkan Bakat di Siri Jelajah DFKL di Sunway Putra Mall

Aaisyah Dhia Rana Tampil Dalam Program Realiti LITTLE PRINCESS AAISYAH