in

Aaisyah Dhia Rana Tampil Dalam Program Realiti LITTLE PRINCESS AAISYAH

Aaisyah Dhia Rana, puteri tunggal kepada pasangan selebriti popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal tampil dalam program realitinya sendiri, ‘Little Princess Aaisyah’ yang akan mula menemui penonton pada 12 April 2017 di saluran Astro Ria dan Ria HD. Selain daripada klip kehidupan harian di sebalik lensa kamera, ‘Little Princess Aaisyah’ akan turut memaparkan secara eksklusif gelagat comel Aaisyah dalam melakukan pelbagai aktiviti menarik dan mencuba sesuatu yang baru buat pertama kalinya. Dalam pada berhibur menonton gelagat Aaisyah, program ini secara tidak langsung turut memberi info dan tips keibubapaan secara santai.

Kelahiran Aaisyah kira-kira tiga tahun yang lalu menarik perhatian ramai peminat industri hiburan tanah air dek kerana kecomelan wajah kacukannya yang persis anak patung. Beliau ibarat fashionista kecil apabila gemar bergaya dengan pelbagai aksesori mewah. Bagi anak kecil ini, kasut tumit tinggi, gincu bibir, pemerah pipi dan beg tangan berjenama merupakan barangan permainannya.

Meskipun kehidupannya sering dikongsi di laman media sosial, sebenarnya masih ada banyak lagi perkara menarik mengenai Aaisyah yang tidak diketahui oleh umum. Ayuh, temui Aaisyah Dhia Rana dan keluarga untuk mengetahui lebih banyak lagi rahsia mengenai Aaisyah.

Satu sidang media dan pelancaran program LITTLE PRINCESS AAISYAH akan berlangsung tak lama lagi. Pastinya peminat nak tahu apakah yang akan ditampilkan dalam program ini. Adakah ia seperti program yang menampilkan anak kepada Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana? Sama-sama kita tunggu ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Festival Filem Antarabangsa ASEAN AIFFA 2017

Ini Nasihat Perjalanan dari AirAsia