in , ,

AIFFA 2023: 100 Pelajar Universiti Asia Berdaftar Terokai Industri Filem

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penglibatan pelajar itu merupakan pendedahan secara langsung kepada industri filem Asia. 

“AIFFA merupakan platform penting bagi industri filem Asia.

“Ia bukan sahaja merapatkan kedudukan dan kerjasama untuk memajukan industri di persada antarabangsa, justeru apabila menghadiri ceramah para profesional dan pakar industri filem, ini membolehkan pelajar menerima pengetahuan secara langsung,” katanya. 

Menurut Abdul Karim, kerajaan Sarawak menyokong sepenuhnya penganjuran AIFFA sambil melihat ke arah masa depan di samping mempromosikan keunikan budaya dan etnik di Sarawak.

“Memahami bahawa transformasi digital adalah satu keperluan untuk memartabatkan kita ke tahap lebih tinggi. Justeru, kerajaan negeri menubuhkan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk menyelianya,” ujarnya.

Pada masa sama, Karim berkata, Kerajaan Sarawak satu-satunya dan negeri pertama seumpamanya dalam Malaysia yang mempunyai stesen televisyen negeri sendiri iaitu TVS yang dilancarkan sebagai saluran khas bagi pencipta kandungan, penerbit dan penghibur Sarawak untuk memaparkan karya mereka. 

“AIFFA juga menyediakan tempat pertemuan untuk usaha sama yang boleh meningkatkan persefahaman dalam wilayah kita, bukan sahaja untuk filem cereka tetapi juga filem dokumentari Asia, yang boleh dikongsi supaya penonton lebih mengetahui tentang negara jiran mereka,” katanya, merasmikan AIFFA edisi ke-6 di Kuching, malam tadi. 

“Bersama-sama, kita mempunyai hampir 700 juta orang yang tinggal di rantau ini, pasaran yang besar untuk industri filem unik untuk Asia.

“Tahun ini adalah tahun yang hebat kerana negara kita membuktikan kita setanding dengan negara lain dengan anugerah Oscar yang dimenangi oleh Tan Sri Michelle Yeoh sebagai pelakon wanita terbaik,” ujarnya lagi. 

Malah, katanya, AIFFA turut menyediakan tempat pertemuan untuk usahasama bagi meningkatkan pemahaman bukan sahaja menerusi filem cereka tetapi juga dokumentari Asia untuk dikongsikan kepada penonton serantau untuk lebih mengenali negara jiran.

AIFFA 2023 akan menganjurkan tayangan filem percuma selama tiga hari bagi filem-filem yang disenarai pendek di Kompleks Mahkamah Lama di sini yang ikonik dan juga akan menyertakan pelbagai acara menarik lain,

Ini termasuk perbincangan panel yang dianjurkan untuk 300 perwakilan dan orang ramai yang berminat dalam perniagaan filem.

Selain itu, AIFFA Biztalk dan kelas lakonan dua hari menawarkan peluang rangkaian, menyediakan platform untuk bertukar idea, menjalin kerjasama dan meneroka kemungkinan baharu dalam industri.

Hadir sama Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chew Yew, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datu Sherrina Hussaini, Pengarah Festival Livan Tajang dan tetamu yang lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIFFA 2023

Malam Gala Festival & Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN Cukup Gah!

NY STEAK

Pengalaman Makan di Cawangan Baharu NY Steak Shack® Setapak Central