in

Sekitar Movie Day Out Clash of The Titan & Semerah Cinta Stilleto

Nampaknya dua minggu berturut-turut, Budiey mengadakan Movie Day Out bersama dengan pembaca Budiey.com. Walaupun aktiviti seperti ini agak meletihkan namun keseronokan bertemu dengan pembaca dapat mengatasi segalanya.

Movie Day Out – Filem Clash of the Titans diadakan pada 17 April di TGV KLCC, di mana Budiey dapati tak berapa nak mendapat sambutan kerana rata-rata pembaca ada hal dan urusan mereka sendiri.

Sementalah lagi pada hari tersebut, KLCC penuh sesak dengan pengunjung yang mahu ke PC Fair yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC. Jadi, parking kereta di KLCC sangat sesak. Tapi apa boleh buat.

Namun, Budiey berterima kasih kepada semua yang hadir. Dua orang pembaca dipilih untuk mendapat poster dan semua yang hadir mendapat goodie bag dengan hadiah yang istimewa. Budiey juga turut tak melepaskan peluang untuk menonton filem aksi ini untuk kali kedua. Jadi, kali ini, jalan cerita lebih jelas dan dapat difahami dengan lebih baik.

Semalam, Budiey telah mengadakan Movie Day Out – FIlem Semerah Cinta Stilleto di mana mendapat sambutan hangat daripada para pembaca. Tiket sebanyak 18 keping telah diberikan kepada 18 orang pembaca.

Semua pembaca yang hadir, Budiey telah hadiahkan sehelai baju T-shirt dan barangan hadiah menarik yang lain dalam bag woven istimewa pemberian daripada Astro. Thank you, Astro.

Pada hari ini (Ahad), Budiey sekali lagi akan bertemu dengan para pembaca yang akan menonton Filem Evolusi KL Drift 2 bersama-sama. Jadi, kepada yang dah book tiket, kita jumpa di Mid Valley ya. Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong blog Budiey.com.

Kepada pembaca yang tak dapat, jangan lupa untuk membaca dan mendapat info terkini dengan melayari blog budiey.com setiap hari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fiq Mentor Lahir Semula Dengan Diagnostik

Siapa Juara Gah 1 Hits 1?