in

Siapa Juara Gah 1 Hits 1?

9 LAGU REBUT GELARAN JUARA GAH 1 AKHIR (HITS 1) 30 MEI

RTM melalui pertandingan nyanyian berprestijnya Hits 1 nama dulunya atau kini dengan jenama baru Gah 1 bakal mendekati hari penentu pencarian sang juara.

Malam Kemuncak Gah 1 Akhir yang bakal berlangsung pada 30 Mei ini membariskan beberapa nama besar di persada muzik tanahair dengan penglibatan komposer-komposer serta penulis-penulis lirik lama dan baru yang sedia menghiasi laman persada hiburan Malaysia.

Finalis Malam Kemuncak Gah 1 Akhir yang bakal mempertaruhkan persembahan terbaik mereka untuk merebut gelaran Lagu Terbaik bagi musim Ke-7 kini bersedia memikul tanggungjawab seterusnya di peringkat akhir dengan membawakan lagu-lagu yang telah menjadi pilihan penonton melalui carta Gah 1 di sepanjang musim ke-7.

4554491088 0F579B9947 | 3

Alyah

4553857725 86F2Efc5F1 | 4

Adam

9 finalis dengan 9 lagu yang bakal membuat persembahan adalah Azharina Azhar (Rawan), Misha Omar (Cinta Adam & Hawa), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Stacy (Pakai Buang), Stacy & Adam (Menggegar Dunia), Faizal Tahir (Bencinta) dan Tomok (Rindu Terhenti) serta 2 kumpulan indie yang turut bersaing iaitu Grey Sky Morning (Cinta Gila) dan kumpulan 6ixth Sense (Khatimah Cinta).

Tenaga produksi Gah 1 Akhir pastinya menjanjikan persembahan musim ini antara yang terbaik dan akan menjadi acara muzik terbesar yang akan berlangsung buat ingatan para peminat carta mingguan dan program Gah 1.

Nantikan pertaruhan para finalis dalam merebut Anugerah Lagu Terbaik hanya di Malam Kemuncak Gah 1 Akhir yang akan menemui peminat-peminat muzik tanahair di saluran TV2 dan Muzik Aktif 180 bermula jam 8.30 malam.

4554491170 A1428Ca21D O | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Movie Day Out Clash of The Titan & Semerah Cinta Stilleto

Drama Sos Cili Sos Tiram Lakonan Aishah Sinclair