in , , ,

Nabila Razali Lancar MV Rasmi PELUANG KEDUA Pilih MK K-Clique Sebagai Hero!

SELEPAS meraih lebih 12 juta tontonan pada lirik video Peluang Kedua, penyanyi Nabila Razali hari ini melancarkan muzik video rasmi lagu itu di saluran YouTube miliknya Nabila Razali Entertainment.

Lebih menarik muzik video Peluang Kedua ini turut berkolaborasi bersama penyanyi rap terkenal MK daripada kumpulan K-Clique sebagai nafas baharu istimewa untuk muzik video berkenaan. Nabila berkata, muzik video Peluang Kedua merupakan hadiah kepada pendengar yang menjadikan lagu itu juara di semua carta radio, streaming termasuk carta RIM. 

“Alhamdulillah, selepas lama menunggu akhirnya siap juga muzik video Peluang Kedua. Pada awal perancangannya MV ini sepatutnya dilancarkan sekali dengan lagu tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan kami terpaksa menangguhkan penggambaran. Saya anggap ada hikmah disebalik ujian itu,”

– Nabila Razali
Nabila Razali Lancar MV Rasmi PELUANG KEDUA Pilih MK K-Clique Sebagai Hero!

Lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF ini mendapat sambutan dan menjuarai semua carta radio dan streaming termasuk carta RIM sejak dilancarkan pada April lalu. 

Dalam pada itu, pemilihan MK sebagai rakan duet dan hero dalam muzik video ini bakal memberikan kelainan berikutan ia kali pertama penyanyi itu berlakon dan menyanyi lagu berunsur cinta. 

“Sebenarnya lama juga kami mencari hero untuk muzik video ini. Ramai nama yang muncul dan sesuai untuk muzik video itu tapi dalam ramai-ramai itu MK paling mendapat perhatian. Dia boleh menyanyi rap dan beri aura baru kepada lagu asal,” ujarnya. 

– Nabila Razali
Nabila Razali Lancar MV Rasmi PELUANG KEDUA Pilih MK K-Clique Sebagai Hero!

Sementara itu, Nabila berkata, muzik video ini diadakan di Cameron Highland, Pahang selama dua hari.  

Muzik video Peluang Kedua ini ditaja oleh Hotlink sebagai penaja utama, penaja bersama Toyota, Yanzi Cosmetics & Elegant Whitening Emulsion. 

Lagu Peluang Kedua versi baharu terbitan Nabila Razali Entertainment dan Edaran Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, JOOX, KKBox dan juga Deezer di semua pelantar streaming minggu ini.

Nabila Razali Lancar MV Rasmi PELUANG KEDUA Pilih MK K-Clique Sebagai Hero!
Nabila Razali Lancar MV Rasmi PELUANG KEDUA Pilih MK K-Clique Sebagai Hero!
Nabila Razali Lancar MV Rasmi PELUANG KEDUA Pilih MK K-Clique Sebagai Hero!
Nabila Razali Lancar MV Rasmi PELUANG KEDUA Pilih MK K-Clique Sebagai Hero!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fitbit Premium Reaches 500,000+ Paid Subscribers in First Year

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu