in ,

Sebanyak RM99.4 Bilion Dikreditkan Kepada Pencarum i-Lestari, i-Sinar & i-Citra

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, sebanyak RM99.4 bilion caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya dikreditkan kepada pencarum melalui tiga skim pengeluaran yang diperkenalkan iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Menurutnya, di bawah pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baru iaitu i-Citra yang membenarkan ahli KWSP membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan bagi  tempoh lima bulan.

“Kemudahan ini dapat menyalurkan sebanyak RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian di mana pembayaran pertama dikreditkan dalam akaun pada Ogos lalu.

“Setakat 19 Ogos, pengeluaran kumulatif i-Citra yang diluluskan sebanyak RM20.2 bilion yang membabitkan 4.87 juta pemohon.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM4.6 bilion berjaya dikreditkan kepada ahli,”

– Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Selain i-Citra, KWSP turut memperkenalkan skim pengeluaran i-Sinar yang mula dikreditkan sejak Mac lalu dengan beberapa penambahbaikan.

“Penambahbaikan diperkenalkan dengan i-Sinar Tanpa Kriteria yang membenarkan semua ahli KWSP (termasuk pemastautin tetap dan bukan negara) yang berumur 55 tahun ke bawah dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150 turut dibenarkan membuat pengeluaran.

“Setakat 19 Ogos 2021, pengeluaran kumulatif i-Sinar yang berjaya dikreditkan sebanyak RM58.4 bilion yang membabitkan 6.57 juta pemohon.”

– Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terdahulu, sebelum skim i-Sinar dan i-Citra diperkenalkan, KWSP terlebih dahulu menawarkan pengeluaran i-Lestari yang dilaksanakan pada tahun 2020.

Ia sejajar dengan matlamat memudahkan pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP bagi membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jualan Pelitup Muka PU Riz & Neelofa Sold Out Tidak Sampai Tiga Jam

Harga Siling Kit Ujian Kendiri COVID 19 Ditetapkan Pada RM19.90 – Menteri Kesihatan