in ,

Permohonan Pengeluaran KWSP i-Citra Diawalkan Kepada Hari Ini 12 Julai 2021

Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan bahawa permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra akan dibuka pada 15 Julai 2021. Tapi sekarang diawalkan dua hari. Jadi, tunggu apa lagi, duit kita milik kita bukan?

Semalam, KWSP memaklumkan permohonan pengeluaran i-Citra diawalkan kepada 12 Julai 2021 iaitu 3 hari lebih awal dari tarikh yang diumumkan sebelum ini.

Jadi, permohonan i-Citra akan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Permohonan itu pula hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal i-Citra Online sahaja.

Permohonan Pengeluaran KWSP i-Citra

KWSP memaklumkan, bayaran bagi permohonan i-Citra yang dibuat pada bulan Julai dijangka akan dibayar bermula dalam bulan Ogos 2021 nanti.

Jadi kepada pencarum KWSP yang mahu mengeluarkan wang simpanan mereka, bolehlah melayari laman portal https://icitra.kwsp.gov.my.

untuk info lanjut tentang i-Citra, sila layari laman https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra.

Cara Mohon i-Citra Step-by-Step & Tips Untuk Yang Guna Handphone

Cara Mohon i-Citra : Penjelasan Langkah Demi Langkah

Peringatan :- Tiada sebarang Pindaan Amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat

  • Semua ahli KWSP yg berumur 55 tahun ke bwh layak memohon.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Cara Mohon i-Citra Step-by-Step

Berikut adalah Panduan utk memohon pengeluaran I-Citra :

1. Buka laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/. Klik pada PERMOHONAN

Masukkan No Kad Pengenalan dan No Tel.

i-Citra

2. Anda akan diminta utk masukkan OTP (One Time Password)

i-Citra

OTP akan dihantar ke No Tel anda yg berdaftar dgn KWSP.

i-Citra

3. Setelah masukkan OTP, anda akan melihat AMAUN PENGELUARAN

Klik utk memohon RM5000, klik teruskan.

i-Citra

Sekiranya Amaun Pengeluaran anda kurang dari RM5000 (Lain Amaun), maka AMAUN TERTERA itu adalah amaun yg layak utk anda keluarkan sahaja. (Tertakluk pd baki semasa Akaun 1+2).

Pilih Amaun tersebut, klik teruskan.

4. Anda akan melihat JADUAL PENGELUARAN

Pembayaran dibayar maksimum RM1000 setiap bulan selama 5 bulan, klik teruskan.

Jadual pembayaran anda akan berbeza sekiranya amaun anda kurang dari RM5000.

i-Citra

5. Sila check maklumat anda.

Pastikan No Akaun Bank anda betul.

Pastikan Jumlah Amaun yg dipohon juga betul.

Jawab 2 soalan sebelum klik teruskan. (Ikut suka, bubuh alasan apa pun boleh).

i-Citra

6. Sahkan sekali lagi maklumat anda, jadual pembayaran dan juga akaun bank.

i-Citra

Pastikan amaun pengeluaran anda adalah MAKSIMUM.

i-Citra

7. Klik Hantar dan Klik Cetak & Simpan Permohonan anda.

Muat Turun untuk rujukan.

– Peringatan – 

Sila pastikan amaun yang dimohon adalah tepat kerana anda tidak boleh membuat sebarang pindaan amaun setelah permohonan dibuat.

Kenapa Tak Boleh Buka Kotak Pengesahan?

Ramai yang tanya soalan yang sama – tak boleh buka link dan tak stuck dekat sini.

Jadi, untuk buka link Terma & Perakuan, klik link, lepastu “Open in Chrome”.

i-Citra

Bila sampai “Saya dengan ini mengesahkan”, klik perkataan “Di sini” – Hijau lepas tu baru klik Tick, – (Rujuk anak panah Kuning di bawah).

i-Citra

Semoga membantu!

*Kredit: Firdaus Shakirin

Maklumat Lanjut

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arwah Benjy Sempat Khatam al-Quran, Dekatkan Diri Pada Tuhan

Bingkisan Syahdu Penuh Rindu Di Hati Benjy